McDonald's Malaysia menyambut Hari Kopi Antarabangsa, 100,000 McCafé Iced Latte percuma untuk rakyat Malaysia pada bulan Oktober

 McDonald's Malaysia mengajak rakyat Malaysia untuk menikmati rasa kopi McCafé berasaskan espresso yang berkualiti dengan menawarkan 100,000 Iced Latte percuma pada bulan Oktober, bersempena dengan Hari Kopi Antarabangsa. Iced Latte percuma ini adalah eksklusif melalui McDelivery.


 

“Rakyat Malaysia gemarkan kopi dan di McCafé, tetamu kami dapat menikmati secawan kopi yang penuh aroma dalam suasana mesra dan selesa di McDonald’s yang mereka kenali dan sukai, pada bila-bila masa. Oleh itu, pada Hari Kopi Antarabangsa ini, kami gembira untuk memperkenalkan beberapa tawaran istimewa selama sebulan kepada pelanggan kami di seluruh negara, di mana mereka berpeluang menikmati tawaran-tawaran eksklusif untuk pelbagai minuman McCafé,” kata Hajjah Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald's Malaysia

“Bukan itu sahaja, kami juga memudahkan penggemar minuman McCafé untuk menikmati kopi kegemaran mereka melalui kemudahan saluran Pandu-Lalu dan McDelivery. Sejak McCafé pertama kali dilancarkan di Malaysia pada tahun 2012, kami mendapat sokongan padu yang berterusan daripada pelanggan yang sangat menggemari rangkaian kopi berkualiti kami,” tambah Melati.

Kopi McCafé diperbuat 100% daripada biji kopi Arabica yang berkualiti premium, dipanggang sederhana gelap dan baru dikisar. Setiap cawan hanya akan disediakan atas pesanan pelanggan bagi memastikan kesegaran kopi dan mengekalkan aromanya. Kesemua minuman dan pencuci mulut juga mematuhi keselamatan makanan dan standard halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Biji kopi yang digunakan untuk membuat minuman berasaskan espresso di McCafé diperolehi secara lestari daripada pembekal yang disahkan halal.

Minuman McCafé yang disediakan oleh barista yang dilatih secara profesional, ditawarkan dengan nilai hebat dari RM5.99 untuk rakyat Malaysia menikmati kopi espresso yang berkualiti tinggi dan penuh beraroma.

"Di McDonald's, kami sering memperkenalkan minuman McCafé baru sebagai tambahan kepada rangkaian minuman kami supaya pelanggan dapat mencuba pelbagai jenis kopi berasaskan espresso premium di mana-mana cawangan 296 McCafé di seluruh negara," kata Melati.

Selain daripada 100,000 Iced Latte percuma, McDonald's Malaysia juga akan menawarkan pelbagai tawaran McCafé sepanjang bulan, termasuk Americano percuma semasa Masa Sarapan di restoran Pandu-Lalu McDonald's dan hanya RM1.99 untuk menebus Iced Latte saiz sederhana melalui aplikasi McDonald's. Selain itu, aktiviti pensampelan kopi dan tawaran menarik bagi pelbagai minuman kopi juga akan berlangsung di restoran McDonald’s.

Sangat-sangat happydengan tawaran Mcdonald's ni sebab saya peminat coffee. Memang sepanjang bulan Oktober, akan hari-harilah saya beli Iced Latte melalui aplikasi Mcdonald's sebab harga just RM2. Tak percaya harga just RM2, lihatlah resit di bawah

 

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai tawaran menarik McCafé sepanjang Oktober, sila layari

www.mcdonalds.com.my/promotion.

 

Share this:

CONVERSATION

6 comments:

  1. wah sangat berbaloi! tapi kai kurang minum kopi pulak huhu

    ReplyDelete
  2. bestnyaaaa! percuma tu.. rugi klu tak ambil kan

    ReplyDelete
  3. waa..menarik laa.. harga murah je iced latte tu. peminat coffee mmg suka la bulan ni :-)

    ReplyDelete
  4. sangat berbaloi..shida dh claim hehee :)

    ReplyDelete
  5. Ou yang ni ada keluar dekat tv tu 😍 kalau yg suka coffee tu mmg tak lepaskan peluang la hehehe ,

    ReplyDelete