Heritage Hotel, Cameron Highland │Hotel berkonsepkan Kampung Inggeris di Tanah Rata

Suka betul bercuti di Cameron Highland. Macam saya pernah kata sebelum ni. Cameron Highlandlah tempat yang boleh feeling bercuti di negara sejuk. Suka sangat bercuti di Cameron Highaland sampai babymoon vacay pun di Cameron Highland.

Babymoon vacay haritu pilih menginap di Copthorne Hotel. Kalau berpeluang untuk bercuti lagi di Cameron Highland, nak try menginap di Heritage Hotel.

Heritage Hotel dengan gaya hotel butik ala Tudor yang terletak di puncak bukit yang menawarkan pemandangan Tanah Rata. Bila berkabus, tak nampak macam dalam Malaysia pun kan.

Heritage hotel cameron highland bangunan
Setiap bilik hotel bertaraf 4 bintang ni menawarkan balkoni peribadi untuk para tetamu menikmati pemandangan hutan tropika 1,500 meter dari aras laut.
Heritage hotel cameron highland pemandangan dan bilik
Nak cari makan di pusat bandar Tanah Rata korang boleh berjalan kaki saja. Kalau nak makan di hotel pun boleh. Ada pelbagai menu menarik tempatan dan antarabangsa disajikan.
Heritage hotel cameron highland lobi dan restoran
Antara kemudahan yang ditawarkan lawatan pelancongan dan perniagaan, perpustakaan, pusat kecergasan dan taman permainan kanak-kanak.
Heritage hotel cameron highland riadah kanak kanak dan dewasa
Nak lagi menarik, terdapat taman berlandskap di hotel ini yang direka ala kawasan kampung Inggeris. Sesuai bagi korang yang ingin hirup udara segar dan dikelilingi dengan taman yang indah.
Jalan Gereja, Tanah Rata,
 39000 Cameron Highlands, Pahang.
Harga : RM210 - RM650

Share this:

CONVERSATION

1 comments:

  1. Best nya herittage nie.. Ada rezeki lepas PKP ini bolehlah stay sini..

    ReplyDelete