Pre Convo Dinner With Familia At Wanis Aroma Ikan Bakar, Kuala Perlis

Walaupun konvo degree Dak Mus diadakan di jauh nun di Perlis, tapi dah nama majlis konvo kan. Yang hanya berlaku sekali seumur hidup. Of course kitaorang semua tak melepaskan peluang join bersama-sama memeriahkan majlis konvo Mus.
 
Tapi of course kena bermalam dahululah sehari sebelum majlis konvo Mus. Tempat bermalam adalah di Kangar. Actually agak jauh sedikit dari Unimap. Unimap Mus dah berdekatan di Padang Besar.


Abah yang pilih untuk bermalam di Kangar. Sebab makan malam  tu boleh makan ikan bakar di Kuala Perlis. Port naik feri ke Langkawi. Ikan bakar di situ agak murah dan boleh tahan sedap. 





Saya tak tahu camne rasanya. Tak pernah makan time dah besar. Time kecik-kecik dulu pernah makan di situ. Yang lain memang baru lagi makan di situ.



Medan ikan bakar ni betul-betul di tepi pantai. Boleh makan sambil menikmati permandangan laut.
Semua jenis makanan laut yang common kitaorang order macam jenahak, sotong, udang dan pepahat. Kecuali ketamlah.
 
 Betul-betul berhadapan pantai


Habis dalam RM200 untuk 8 orang dewasa makan. Kira agak oklah kan harganya.
Lepas makan, terus balik homestay. Kenalah tidur awal sebabnya nak kena simpan tenaga untuk esoknya majlis konvo Mus dan nak masuk Hatyai. Yup ada pi Hatyai jugak. Alang-alangkan.



Kalau ada pi Perlis lagi, bolehlah makan di medan ikan bakar. Tapi tahulah bila kan. Sebab jauh nun di utara. Apapun, memang sedap makan ikan bakar di sini.
















Share this:

CONVERSATION

4 comments:

  1. alhamdulillah. sedap semua menu ^_^

    ReplyDelete
  2. Wow.. semua makanan nampak sedap!

    ReplyDelete
  3. sedap2 makanan nya. tahniah for yr bro sis. kehadiran family menjadikn lebih bermakna

    ReplyDelete
  4. See Instagram photos and videos from 'Gramho' hashtag.

    ReplyDelete