Makan Di Fish & Co, Paradigm Mall Dan Tengok Wayang Movie Johnny English Strikes Again Adalah Aktiviti Dating Halal Me & Kimchi

Wowww..tajuk..Bahasa pasar habis. Ni kalau ambil paper SPM untuk subjek Bahasa melayu dan English mau dapat gred C6 ni. Eh pakai lagi ke penggredan ABC 123 bagai ni. Abaikan jela.

Tak apalah ada campuran rojak pun. Nama pun tulis untuk suka suki. Bukannya untuk SPM dan seumpamanya.



Lepas bersalinkan Zafirah, ini adalah dating pertama Saya dan Kimchi tanpa anak-anak. Siap apply half day leave tu. Semangat tak. Yeala keluar time hari kerja lah baru tak ramai orang. Kurang sesak. Lepastu tiket wayang dapat murah sebab datingnya hari Rabu. Bijak tak kami berdua. Maklumlah bila dah banyak perbelanjaan, cuba jimatkan apa yang boleh dijimatkan. Heee.



Dating nya di Paradigm Mall. Sebelum tengok wayang movie Johny English, lunch dulu di  Fish & Co. Fish & Co di bagi saya konsepnya lebih kurang sama sahaja macam Manhattan Fish Market. Ada Seafood platter etc.

Seafood platter

Kimchi order seafood platter untuk 1 pax. Rasanya bagi saya Manhattan punya platter lebih sedap. Saya pula order Double Cream Chicken Baked Rice. Masa mula-mula makan  dengan laparnya, rasa sedap. Bila dah makan separuh, macam muak. Jenuh pulak dah perabihkan.

Double Cream Chicken Baked Rice

Kimchi pun tak habis. Rasanya kalau makan macamni, especially portion yang besar walaupun untuk 1pax, order satu pun cukup kot untuk kami berdua makan. Ni dah sindrom umur bertambah. Makan pun dah tak boleh banyak sangat. Ahaks.

Lepas makan teru tengok wayang movie Johnny English Strikes Again. Sebelum booking, Kimchi beri pilihan beberapa movie untuk ditonton. Antaranya Joni ni, Venom dan satu lagi apa entah. Movie ala-ala Venom gitulah.



Masa zaman muda-mudi dulu sukalah tonton movie macam Venom ni. La ni dah tak minat tengok movie yang menyesakkan kepala walaupun tak ada kaitan pun dengan hidup dan mati. Tengok movie yang lawak-lawak walaupun tahu mostly lawak-lawak bodoh jea macam movie Johnny English ni.

Not thrill enough kan life saya ni. Ahaks. Kahwin ni lain dah compare zaman muda mudi dulu. Suka berada di zon selamat dan selesa sahaja. Huhu.

Dah habis tengok wayang, beli matcha ice cream di Family Mart. Makan untuk pertama kalinya. Ketinggalan lagi. Haha.



Ini ajelah aktiviti dating halal kami berdua. Macam tak banyak sebab half day. Walaupun tak banyak masih bermakna buat me and Kimchi. Masih lagi diberi peluang oleh Allah SWT untuk bernafas di muka bumi bersama-sama insan-insan yang saya sayangi.

Share this:

,

CONVERSATION

17 comments:

  1. lama gak tak dating bedua tapi tula maira tak leh tinggal susunya di gantung hahahha

    ReplyDelete
  2. Sekali sekala tengok movie lawak-lawak bodoh best jugak kan...

    ReplyDelete
  3. waaaa.. my febret.. udang. hehe

    ReplyDelete
  4. Hmmm..yummy..the servings are quite delicious to eat..

    ReplyDelete
  5. amboi nama kimchi. mesti selera selalu tuh. hahahahahaha. bes dating berdua. dah lama x rasa nih..

    ReplyDelete
  6. Menarik tengok menu Fish & Co tu

    ReplyDelete
  7. Jenuh baca tajuk dalam satu nafas! Haha. Btw, cambest je tgk hidangan Fish & Co tu

    ReplyDelete
  8. Ohsem sangat tajuk entry ini.. kikiki.. tapi kalau banyak macam tu makanannya memang kena order 1 je makan berdua..

    ReplyDelete
  9. Positive site, where did u come up with the information on this posting? I'm pleased I discovered it though, ill be checking back soon to find out what additional posts you include. isaimini moviesda

    ReplyDelete
  10. Thanks for sharing this quality information with us. I really enjoyed reading. Will surely going to share this URL with my friends. Mymoviehits Watch Full Moive Online

    ReplyDelete
  11. Movie2Film - Watch free movies online - action, thriller, animation, horror, adventure, short films, fanfilms, classics, Tv series and more in HD ดูหนังออนไลน์ฟรี

    ReplyDelete
  12. I really appreciate this wonderful post that you have provided for us. I assure this would be beneficial for most of the people.
    movie rulz

    ReplyDelete
  13. That's the reason center on it's essential to precise ground moves well before writing. Might be attainable so that you can extra advisable text that way. ดูหนัง

    ReplyDelete
  14. Your blogs further more each else volume is so entertaining further serviceable It appoints me befall retreat encore. I will instantly grab your rss feed to stay informed of any updates. more info

    ReplyDelete
  15. This is such a huge resource that you are providing and you give it for free.I love to see blogs that understand the importance of providing quality resources for free.. Hello, this is very useful material. You can read online info about Turkey evisa.The Turkey e visa is an electronic visa that allows entry into Turkey.

    ReplyDelete