Resepi Egg Tart @Tart Telur Yang Senang Ingat Dalam Kepala



Memang resepi egg tart/tart telur ni senang nak ingat. Sebab apa saya cakap macam ni. Sebabnya adik saya, Didi boleh buat egg tart ni tanpa rujuk resepi. Dah ada dalam kepalanya.  Nak cakap betapa senangnya resepi egg tart ni.

Of course Didi dah banyak kalilah buat sebelum tu. Tapi still resipe ini dikira senang jugaklah sebab di hujung jari didi sahaja. Oklah, tanpa melengahkan masa, saya kongsikan resepi egg tart yang senang nak ingat ini.

Crust pastry(Kulit tart)
Bahan2
125 gram butter
63 gula halus
250 gram tepung gandum
1 biji telur kuning
1/2 sudu kecil asen vanilla
1 sudu besar air

Cara-cara
1) masukkan tepung dan gula ke dalam bekas.
2) letak butter kedalam bekas yg dah letak tepung dan gula tadi, kacau dan pukul hingga sebati.
3) masukkan kuning telur,esen vanilla dan air.
4) kacau dan uli hingga menjadi doh.
5) Sapu acuan tart/loyang kek (berukuran 9'. 8' atau 7' pun boleh jugak) dengan marjerin.
6) Masukkan doh ke dalam acuan/loyang. Tekan dan ratakan hingga kemas. Cucuk- cucuk dasar pastry dengan garpu supaya pastry mudah masak

Filling(Inti)
1) 2 biji telur kuning
2) 4 biji telur
3) 200 gram susu segar ( 1 cawan)
4) 1 sudu kecil asen vanilla
5) 90gram gula
6) 60gram air

Cara-cara
1) campurkan kesemua bahan 1-4 dan kacau hingga sebati
2) panaskan bahan 5-6 di atas api yg kecil..
3) campur kan di dalam telur yang sudah dipukul tadi..Kacau hingga sebati.
4) Tuang bancuhan inti ke dalam kulit tart secara perlahan-lahan
5) Masukkan ke dalam oven yang bersuhu 180-190 degree celcius selama 15min-20min. Setting ni kena cuba dan jaya yea. Sebab setiap oven setting nya tak sama.

Rupa egg tart setelah dituang intinya dan sebelum dimasukkan ke dalam oven untuk dibakar

Mudahkan nak buat egg tart ni kalau tengok resepi ni. Sebelum ni saya ingatkan apa-apa yang melibatkan tart, confirm susah nak buat. Macam cheese tart, portugis tart dan etc. Salah sangkaan saya rupanya beli tengok adik saya boleh buat egg tart dengan cepat dan tanpa tengok resepi ni.

Dah siap masak & dipotong...

Ke ada yang rasa resepi ini pun still rasa susah jugak nak buat egg tart. Cuba dulu buat. Tak cuba, macam mana nak tahu susah ke senang. Apapun kepada yang nak cuba, saya wish Selamat Mencuba dan hopefully berjaya,

Share this:

,

CONVERSATION

23 comments:

  1. wow.... terpegunnya kita..... sedap gebu nampak. tak pernah ku buat art egg ni....

    ReplyDelete
  2. Kalau masuk kedai bakery, benda first saya cari egg tart. Memang suka sangat makan egg tart tapi nak buat sendiri tak pernah try lagi :D

    ReplyDelete
  3. hi..singgah sini...
    jemput baca dan kongsikan hobi anda http://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2018/08/hobi-zaman-kanak-kanak-sehingga-dewasa.html

    ReplyDelete
  4. Sampai sekarang tak pandai makan egg tart.. Kalau cheese tart memang favourite.

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap je. Nanti nak cuba resepi ni pulak lah.

    ReplyDelete
  6. Wah senang jer buat..cuma rajin ke malas jer nk try.hehe. tq for sharing. Bila mood rajin nnt nak try la

    ReplyDelete
  7. Nampak sedap..kalau ditukar coklat mesti lagi sedp...hehehe...

    ReplyDelete
  8. Huishh.... Sedapnya! Dah lama gak tak bikin egg tart ni. Cuma kak nina biasanya buat Portuguese egg tart. Base dia lain sikit adunannya

    ReplyDelete
  9. sedap nmpknya..tk pernh try buat..slalu bli je..tq share resepi

    ReplyDelete
  10. Menarik resepi ni, bolehlah cuba nanti..

    ReplyDelete
  11. nampak sedap tapi belum ada kesempatan untuk cuba..

    tunggu dah ada dapur sendiri..itupun kalau ada keinginan nak emncuba

    ReplyDelete
  12. woosh!! sedap2 :D

    Syaza follow akak~

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum. Tahniah kerana anda terpilih sebagai salah seorang pemenang GA yang Abam Kie anjurkan tempohari. Untuk maklumat lanjut dan cara untuk menuntut hadiah, sila layari pautan di bawah ini. Terima kasih.

    https://www.zukidin.com/2018/08/keputusan-guess-my-weight-giveaway.html

    ReplyDelete
  14. Sedapnya nampak...tapi nak buat takut tak jadi. Saya bookmark dulu la, nanti dah ada keberanian..cari resepi ni balik

    ReplyDelete
  15. Nampak sedap, dah lama tak makan tart telur

    ReplyDelete
  16. Wah, fevret zumal tu tapi nak buat sendiri tak pandai

    ReplyDelete
  17. Ala teringinnya! Nak try buat jugalah :D

    ReplyDelete
  18. Rajin makan je.. tak rajin nak buat.. Kikikiki..

    ReplyDelete
  19. Aduhhh sedapnya.. nnt nak try buat la..senang je..

    ReplyDelete