Menang Giveaway Set Hiruscar Anti-Acne Dari Ayue-Jer



Alhamdulillah.. Macam caya tak caya saya terpilih jugak untuk memenangi 1 set produk Hiruscar. Mula-mula dah tak terpilih. Tapi disebabkan ada seorang winner yang digugurkan dari senarai pemenang(sebab ada menang set sama dari GA lain), winner ini digantikan dengan saya. Kalau dah tertulis rezeki saya untuk dapat barangan hiruscar, rezeki memang tak akan salah alamat dah. Alhamdulillah sekali lagi.

Received the parcel

Excited kot dapat produk Hiruscar ni. Saya memang dah lama guna produk Hiruscar iaitu sejak umur 18 tahun lagi. Saya suka guna yang untuk hilang parut tue. Zaman-zaman tu kan jerawat suka naik. Hiruscar anti-scarlah yang penyelesai masalah parut jerawat saya dulu-dulu. Satu lagi antiscar gel yang saya suka guna ialah Mederma. Tapi Mederma agak pricey sedikit compare dengan Hiruscar.

1 set of Hiruscar products

Giveaway ini dianjurkan oleh blogger gorgeous Ayue-Jer di Fb nya. Set Hiruscar yang saya menangi merangkumi pore purifying cleanser, pore purifying serum & spot gel. Lengkap semuanya. Macam tahu-tahu jea saya tengah survey produk perjagaan muka yang saya sesuai dengan muka saya & satu lagi mudah didapati di drugstore. Sebabnya dah tiba masanaya nak gantikan dengan produk saya guna sekarang iaitu Nutrimetics. Produk Nutrimetics ni dah susah nak cari. Tak banyak stokis yang jual produk nutrimetics. Kalau Hiruscar serasi dengan kulit muka saya, memang saya akan teruskan lah guna produk Hiruscar ni.

To blogger Ayue-Jer, thanks for selecting me as one of your GA winner. Semoga Ayue sentiasa dimurahkan rezeki dalam aktiviti blogging.

Share this:

CONVERSATION

2 comments: