Kuih Sagu Mak Kau Hijau!



Selalu tengok kuih sagu warna merah. Yang saya buat ni bewarna hijau. Warna parti pembangkang sangatkan.

Saja cuba mehipsterkan kuih sagu. Barulah nampak kelainan. Heh heh heh. Hipsterlah sangat. Setakat tukar kepada warna hijau,  tang mananya hipster. Hipster ni , inovasinya melampau-lampau. Kadang-kadang tak boleh diterima dek akal pun ada. Contoh kalau nak buat sagu hipster macam warnanya pelangi. Takpun digaul/ditabur cheese(erkkk). Haaa...itu baru layak dipanggil hipster. Haha.


Kuih Sagu ni kuih kedua simple nak buat selepas jemput-jemput. Resipe nak buatnya adalah di bawah.


1 cawan sago

3 cawan air
3/4 cawan gula
kelapa putih & sedikit garam- gaul

Cara-caranya

1. Rendamkan sagu dengan air dahulu
2. masakkan sagu di kuali mengunakan api perlahan
3. Bila dah pekat sedikit, masukkan gula.
3. Kacau lagi sehingga masak. Cara nak tahu dah masak, warna-warna putih-putih dah tidak kelihatan
4. Bila dah masak, letak dalam loyang
5. Sejukkan sagu di luar. Bila kuih masih lembap, potong ikut citarasa and gaulkan bersama sama kelapa putih. 

First attemp saya buat kuih sagu memang nampak sedikit-sedikit warna putih. Mungkin sebab pada mulanya saya guna 2 cawan air. Bila tengok resipe yang dikongsi oleh Azie Kitchen, rupa-rupanya kena guna 3 cawan air. Tak apa, next time kalau ada buat lagi, confirm jadi punya. Satu lagi, kuih sagu warna hijau bukan sebab nak kelainan ke apa. Memang sagu saya beli warnanya hijau. hehe.

Share this:

CONVERSATION

9 comments:

  1. Wah! color hijau selalu Mrs. A jumpa color merah je

    ReplyDelete
  2. Comel nama kuih sagu sis ni. Tang mak kau hijau tu yg mahal. Hehe.

    ReplyDelete
  3. kali pertama mmg la fail kan..kali kedua mmg sah menjadi lebih sempurna..

    ReplyDelete
  4. Mampu tgk jeee.. Nak buat? Gulpp..

    ReplyDelete
  5. Alahai.. comel pula nama kuih tu.. hehehe

    ReplyDelete
  6. Wow...terbaiklah nama kuih...nampak pun mcm menyelerakan..huhuhu

    ReplyDelete
  7. macam saya ni tak kira warna...bedal ja hahaha

    ReplyDelete
  8. tapi warna mempunyai peranannya yang tersendiri

    ReplyDelete