Mak Andam Versus Cik Pon Andam

Saya pernah ada experience disolek oleh Cik Pon (short form for Pondan) Andam & also Mak Andam. Make up by Cik Pon Andam adalah semasa Majlis Pertunangan, while Make Up by Mak Andam adalah semasa Majlis Perkahwinan.

Saya pilih Cik Pon Andam menyolek saya untuk majlis pertunangan saya sebabnya saya pernah tengok hasil mereka yang sangat outstanding. Contohnya sepupu saya yang disolek oleh Cik Pon Andam untuk majlis perkahwinannya. Selepas disolek, muka sepupu saya nampak sangat cantik plus glamour plus vogue da zasss. Actually tahu tak bagus pun pilih Cik Pon Andam menyolek saya. Mereka still lelaki & bukan mahram bagi saya. Time solek mesti akan ada tangan dia sentuh muka kita. Mana boleh ada contact ni walaupun sedikit. Tapi sebab kononnya nak menyerlah & cantik sangat, saya (dengan laghonya) pun memilih Cik Pon Andam untuk majlis pertunangan saya. 


Selepas disolek, saya tengok muka saya yang disolek di cermin. Saya terus rasa  terkejut. Muka saya dah jadi orang lain. Originality muka dah tak ada. Dia cakap of coursela dah lain, nama pun solekan untuk pertunangan. Kenala ada kelainan daripada kebiasaan. Saya just tenangkan hati & fikir maybe saya tak biasa disolek tebal. Hampir semua orang saya minta pandangan make up saya. Nearly semua yang saya tanya, komen solekan saya cantik. Saya just tarik nafas lega. After majlis pertunangan, saya dapat pandangan honest daripada tunang(now dah husband) & member. Mereka berdua cakap, mereka tak suka dengan solekan pertunangan saya. Nampak kasar & muka saya nampak fake especially time senyum nampak gigi. Muka pulak obvious sangat kena sapu dengan bedak setepek.  Macam opera cina pun ada. Member advise better jangan ambil orang yang sama untuk majlis perkahwinan saya. So, betulla instinct saya yang saya rasa solekan saya tak ok. Semua yang cakap ok maybe nak sedapkan hati saya or bagi diorang memang cantik. Tapi trend sekarang semua mengenakan solekan yang natural tapi at the same time enhance muka kita supaya lebih berseri. 


Yang bagusnya Cik Pon Andam ni, dia mintak izin dulu untuk cukur kening saya. Bila dia dah tanya, saya terusla cakap taknak dicukur. Saya sedaya upaya pegang prinsip untuk tidak melakukan buat perkara yang orang selalu buat ketika majlis perkahwinan, yang dah dijadikan adat & amalan, tetapi dilarang oleh Allah S.W.T. Contohnya cukur kening, asah gigi dan campak pakaian pengantin di atas bumbung supaya hujan tak turun semasa kenduri.



 
Solekan oleh Cik Pon Andam

Senyuman pun nampak lain. Ada orang komen nampak fake.
   
Berbeza pulak dengan Mak Andam. Mak  Andam yang solek untuk majlis perkahwinan saya tak minta izin dengan saya dahulu untuk cukur kening. Mula-mula nak solek saya, dia baca bismillah. Then tangan dia terus nak buat something pada muka saya. Ingatkan dia nak bersihkan muka guna cotton ball or something. Then, ada bunyi  zasssss...,Rupa-rupanya dia cukur kening saya. Terus saya menjerit. Mak Andam terkejut. Ingatkan dah terlukakan muka saya. Saya  terus cakap saya taknak kening saya dicukur. Mak Andam tu cakapla kena cukur kening untuk naikkan seri muka & so on. Sebabkan dia dah pun cukur kening sebelah saya sedikit, saya just biarkan jeala Mak Andam terus mencukur kening saya. Kalau taknak nanti, muka nampak pelik pulak. Kening sebelah dah tercukur sedikit, sebelah pulak tidak. Bercakap tentang make up by Mak Andam, hasilnya memang mengagumkan. Muka nampak flawless & berseri but at the same time nampak natural. Memang berbaloila pilih Mak Andam ni untuk majlis perkahwinan walaupun harganya a little bit pricey. Tapi tak apala invest sedikit untuk Big Day.

 
Solekan oleh  Mak Andam

Senyuman nampak natural.

Nasib baikla saya try disolek  oleh Cik Pon Andam untuk majlis pertunangan. Sekurang-kurangnya saya tahula yang muka saya tidak sesuai disolek oleh Cik Pon Andam & tak pilih untuk wedding saya. Maybe untuk orang lain sesuai. Saya confirm hanya sesuai disolek oleh perempuan sahaja. Ikut Islam, better pilih perempuan untuk menyolek kita. Kalau disolek oleh Cik Pon Andam, dikhuatiri ada contact/sentuhan pada muka kita. Tapi kalau yakin tiada sentuhan & menyolek pun guna alat-alat solekan, boleh guna perkhidmatan Cik Pon Andam. 

Share this:

,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment