Tiramisu Pudding
Asal jumpa resipe simple jea, saya mesti terus try nak buat. Lagi-lagi kalau mengunakan bahan yang harganya murah. Tiramisu pudding adalah salah satu dessert yang kerap saya buat kerana resipe nya mudah.
Resipe tiramisu pudding.
Bahan-bahan
1 packet standard biskut marie coffee.
1 tin susu cair.
Air coffee
4 tbsp gula
4 tbsp tepung kastard
serbuk milo
1 cawan air
Cara-cara
1. Masukkan susu cair, tepung kastard, air & gula ke dalam periuk
2. Masak sehingga pekat. Elakkan dari berketul-ketul. Kalau berketul jugak, boleh tapis.
3. Rendam biskut marie ke dalam air coffee/nescaffe. Susun biskut marie di dalam mangkuk puding hingga menjadi satu layer.
4. Tuang campuran kastard di atas lapisan biskut marie. Campuran kastard menjadi lapisan kedua.
5. Ulang langkah 3-4. Total layers are 4. Kalau nak tambah lagi 2 layer pun boleh, kalau ada lagi campuran kastard.
6. Tabur serbuk milo di atasnya.
7. Simpan di dalam peti ais. Puding ni sedap dimakan time sejuk.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh4EDN_dvVY6Ua4UvHjhRNJMH61lmtCvEwQ3Ib4sqJzHL3OaBxOCHPKDBAjBIeTc_hM4mrbjOBsO-Q4dnTtgC3Yl19I7uIQ8ef6bLgdB93UKRDJmZkktERefiEPpDo5CR-esx4GwuFoyi5L/s640/IMG_20150421_183329.jpg)
Separuh pudding dah dibaham oleh Kimchi
0 comments:
Post a Comment