Kasut Sekolah Pallas 2026| Pilihan Selesa, Sihat & Selamat Untuk Zafran dan Zafirah

Untuk sesi persekolahan bagi tahun 2026, tetap kekalkan jenama kasut sekolah Pallas untuk Dak Zafran dan Dak Zafirah. Anak-anak memang suka sangat dengan kasut sekolah Pallas. Dak Zafran dan Dak Zafirah bagitau, kasut Pallas ni best bila memakainya sebab tak rasa panas dan tak rasa sakit walaupun pakai sepanjang hari di sekolah.


Iya. Sebab itulah ramai masih setia dengan kasut sekolah Pallas. Kasut jenama ni berkualiti tinggi, ketahanan tinggi, dan ciri-ciri terbaik yang membantu keselesaan anak sepanjang hari di sekolah. Sebab itu saya tak teragak-agak untuk pilih Pallas untuk Zafran dan Zafirah bagi sesi sekolah 2026.

Kasut sekolah Pallas ini memang bukan jenama baru. Dari zaman kita kecil lagi pun dah ada. Mana taknya. Kasut Pallas ni diperkenalkan sejak tahun 1979 dan sampai sekarang masih menjadi pilihan utama ibu bapa. Lama betul jenama ni bertahan dalam pasaran. Padahal sekarang ni memang banyak jenama baru tumbuh macam cendawan lepas hujan. Tapi Pallas tetap utuh, tetap dipercayai.


Kasut Sekolah Pallas Untuk Zafran – Arch Support: Selesa, Sihat & Selamat


Untuk Zafran, saya pilih kasut sekolah Pallas yang dilengkapi arch support dan saiz yang sesuai dengan bentuk kaki dia. Memang penting untuk kanak-kanak yang aktif seperti Dak Zafran yang sentiasa bergerak sepanjang hari di sekolah. Kasut Pallas Zafran turut mempunyai kancing berputar menjadikan lebih tampak bergaya.

 


Kasut sekolah Pallas untuk Zafran ini juga datang dengan saiz besar dan menawarkan ciri tiga S iaitu Selesa, Sihat & Selamat. Ciri-ciri ini memberikan perlindungan menyeluruh dan keselesaan maksimum pada kaki, menjadikan Zafran lebih yakin dan stabil ketika berjalan atau berlari. Ini adalah selaras dengan saranan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menetapkan bahawa kasut sekolah haruslah mengambil kira factor keselesaan, keselamatan dan kesihatan (3S).

 


Satu lagi ciri yang sangat praktikal ialah nametag. Dengan adanya ruang nametag, bolehlah letak nama Zafran dan elakkan kasut daripada tertukar dengan rakan lain yang memakai model sama—yang semestinya ramai pilih sebab kualitinya memang terbaik.

Kasut Sekolah Pallas Untuk Zafirah – Pallas VGRIP Cengkaman Kuat, Arch Support, Quick Dry & X Light Untuk Kaki Lebih Ringan

 


Untuk Zafirah pula, saya pilih kasut sekolah Pallas VGRIP yang mempunyai cengkaman kuat, arch support, teknologi X Light, dan ciri quick dry. Kombinasi ciri ini membantu melegakan tekanan pada otot kaki supaya Zafirah kurang rasa penat walaupun banyak berjalan atau berdiri lama di sekolah. Rekaan Pallas VGRIP ini membantu memberikan cengkaman kuat pada tapak kasut, sekali gus mengurangkan risiko tergelincir di permukaan licin. 



Kasut sekolah Pallas ini memang direka untuk memberikan keselesaan optimum sepanjang hari, sesuai untuk pelajar perempuan yang aktif dan sentiasa bergerak. Rekaan yang ringan membuatkan kaki lebih selesa, kurang letih dan lebih stabil. Lagi satu kelebihan besar—material quick dry memastikan kasut cepat kering jika terkena air atau hujan, jadi anak-anak tetap selesa dan yakin ke sekolah.

 


Jadi tak hairanlah Pallas terus menjadi antara kasut sekolah terbaik untuk kanak-kanak di Malaysia. Di Mana Nak Beli Kasut Sekolah Pallas? Kasut sekolah Pallas boleh didapati hampir di semua pasar raya biasa. Kalau nak beli secara online pun boleh terus ke laman rasmi mereka di:

👉 www.wow2wee.com


Join Contest Pallas & Menang Hadiah Tunai Sehingga RM3000!

Haa… nak tahu satu lagi info menarik? Pallas sekarang sedang buat contest khas untuk pembeli kasut dan produk mereka. Kalau korang beli barang Pallas, boleh terus join contest ni dan berpeluang menang hadiah wang tunai sehingga RM3000. Memang rugi kalau tak cuba!

 


Kesimpulan

Kalau nak cari kasut sekolah yang selesa, sihat, selamat dan tahan lama, Pallas memang pilihan yang tak mengecewakan. Saya sendiri dah pilih untuk Zafran dan Zafirah, dan mereka berdua sangat berpuas hati.


Jadi apa lagi, ibu bapa?

Cepat-cepat dapatkan Kasut Sekolah Pallas 2026 untuk anak-anak agar mereka lebih yakin belajar dan lebih fokus di sekolah.

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment