Dak Zafran Tak Pernah Miss Muzium| Kali Ni ke Memorial Tunku Abdul Rahman
Dak Zafran asal kalau ada jalan-jalan di negeri lain mesti disuruhnya bawak pergi ke Muzium. Tak kisahlah muzium negeri ke bukan, kecik ke besau asalkan muzium. Minat dengan sejarah naw Dak Zafran ni. Since nampak dia minat sangat dengan muzium bawaklah Zafran melawat Memorial Tunku Abdul Rahman.

Memorial Tunku Abdul Rahman terletak di Kuala Lumpur. Memorial adalah muzium yang membolehkan pelawat memperingati dan mengenang jasa dan sumbangan bakti Tunku sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan juga Perdana Menteri Malaysia yang pertama (1957 – 1970).
Di Muzium ini dapat mengenali Tunku Abdul Rahman secara peribadi kerana ada mempamerkan semua warisan berkaitan dengan Tunku yang terdiri daripada pelbagai bahan seperti dokumen, gambar, hadiah, keratan akhbar dan barangan peribadi. Percuma je nak masuk memorial ni. Di luar pameran terdapat juga kereta merdeka dan kereta Cardillac Fleetwood 1959 yang pernah digunakan oleh Tunku.
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
Di memorial ini jugak dapat melawat jugak Bangunan Residensi atau kediaman yang didiami oleh Tunku dari tahun 1956 sehingga 1970. Bangunan ini dah berusia lebih seratus tahun tapi bentuk asalnya serta kedudukan susun atur dalamannya masih dikekalkan bentuk asal dan dalam keadaan baik. Seni binanya berkonsepkan English.
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
Di pameran ini, pelbagai maklumat mengenai Tun, dari zaman kanak-kanak sehinggalah bersara, dipamerkan di panel informasi untuk dikongsikan kepada para pelawat. Dak Zafran mula-mula bacalah semua panel informasi tanpa miss. Tapi last last Dak Zafran tak mampu nak habiskan baca semua panel informasi yang ada di situ sebab betul-betul banyak.
.jpeg)
Melawat ke Memorial Tun Abdul Rahman sememangnya memberikan pengalaman yang yang sangat berharga. Di Memorial ini bukan saja dapat tengok sendiri warisan dan barang peribadi milik Tunku, tapi juga dapat rasa suasana zaman silam di Bangunan Residensi yang masih terpelihara bentuk asalnya. Kalau ada peluang, boleh datang lagi.
Dak Zafran asal kalau ada jalan-jalan di negeri lain mesti disuruhnya bawak pergi ke Muzium. Tak kisahlah muzium negeri ke bukan, kecik ke b...