Dinner With Beautiful Golf Course View At Kuala Lumpur Golf & Country Club
Bulan puasa haritu, bos Kimchi ajak berbuka cum dinner di Kuala Lumpur Golf & Country Club. Bos Kimchi suka main golf. Venue dinner pun pilih tempat main sukan favourite bos nya jugak.

Port meja makan kami betul-betul menghadap padang golf. Agak nice jugaklah permandangan hijau dan persekitaran padang golf KLGCC. Agak mendamaikan jiwa dinner dengan lihat medan berbukit tasik dan berbagai dataran tinggi utama di latar belakang yang memberikan permandangan panorama di kelab golf ini.
 
Untuk dinner, saya pilih Basil Crusted Salmon. Presentation menu saya pilih ni sangat cantik dan nampak Michelin-style. Kenalah dengan harga RM40. Tapi rasanya, salmon agak dry. Nasib baik lemon butter sauce, rasanya not bad. Cukup rasa dan pekat.
 Basil Crusted SalmonOrder satu menu paling mahal iaitu Angus Striplon. Harganya RM60. As per claimed in menu, 120 hari grain beef feed. Tekstur angusnya bila dimakan, sangat lembut. Tak liat langsung. Kalau liat gak, time tu jugak complaint. Yeala harga RM60 tak akan dapat liat kot. Mushroom sauce pun sedap, pekat dan cukup rasa.

Untuk
 Zafran, order yang dia suka makan iaitu Chicken burger. Tapi Chicken 
Burger KLGCC ni, rotinya warna hitam. Guna charcoal bun. Untuk budak, 
peliklah untuk dia burger warna hitam. Dia nampak macam hangus. Tak 
berapa habis Zafran makan. Rasanya ok jugak. Sama rasa macam standard 
burger ayam. Terpaksalah mamanya tapau sebab sayang makanan. Bukan murah
 harga menu ni. RM20.
Member order Spinach and mushroom pasta. Member bagi sedikit sebab nak bagi kat Zayden. Rasanya ok. Agak creamy saucenya.

 
 


Tapi
 cream caramel nya Ya Allah, something wrong sangat rasanya. Plating dah
 cantik. Tapi rasanya macam carbon coating frying pan tu. Rasa chemical 
sangat.  Kea da ingredients yang rasa macam tu. Tapi tak sedaplah. Harga
 dahlah boleh tahan mahal iaitu RM12.
 
Hopefully
 improve la rasa pudding tu. Sangat turn off sangat makan main course 
sedap-sedap, time penutup makan dessert yang rasa entah apa-apa. Apapun,
 KLGCC sangat ada view yang cantik dan enterior deco pun cantik jugak.

Alhamdulillah
ReplyDeleteterus rasa lapar tengok menu pagi2 ni :)
ReplyDeletehuishh..sedapnya menu..:)
ReplyDelete