Tahun ini buat pertama kalinya saya beraya di perantauan..cewahh..Macam 
beraya di oversea pulak.(sebab dulu2 teringin nak beraya di oversea 
lepas tengok student oversea hantar wish Raya dekat suratkhabar...hik 
hik.).Tak adela...Saya beraya di rumah mertua di Taiping, Perak. 
Nervousla pulak rasanya. Tak tahu pandai ke tidak saya ni membawa diri 
sebagai menantu. Tapi Alhamdullillah, family mertua termasukla 
ipar-duai, biras padi (=P), semuanya sporting tahap maksim. First day 
Raya, lepas solat raya, aktiviti bersalam-salaman, makan mee udang ketam
 (dimasak oleh  tak lain tak bukan Kak Ida) kami sekeluarga pergi ke 
studio untuk mengambil gambar keluarga. Tahun ini disebabkan dah plan 
untuk memakai baju raya bertemakan warna turqoiuse, so agakla cantikla 
kalau diambil gambar untuk dijadikan family potrait.
Selepas sesi gila-gila bergambar di studio , kami beraya di rumah kawan ayah mertua. Kemudian, beraya di rumah Opah Lenggong (opah belah mak mertua) & rumah Opah Chik di Sumpitan.

berserinya muka akak <3
ReplyDelete