Pulau Redang adalah pulau yang sebulat suara dipilih untuk percutian pulau bersama-sama dengan keluarga kawan-kawan kastam Kimchi tahun ini. Kalau tahun lepas, di Pulau Tioman. Sama macam Pulau Tioman sebelum ni, percutian dengan diorang yang buat saya sampai ke pulau-pulau percutian ni. Seumur hidup saya tak pernah Pulau Redang.

Actually
 tak pernah bercuti di pulau masa zaman dengan keluarga saya dahulu 
sebab tak mudah nak bercuti di Pulau ni. Banyak benda yang nak kena 
rancang awal macam book tiket feri dan etc. Then kena rancang perjalanan
 dari rumah ke jeti. Banyak benda lah kena fikir. Dulu mana ada online 
booking ni. Kena call je. Sebab tu percutian keluarga saya dahulu banyak
 di town. Just setakat call hotel jea untuk booking bilik. Nak berjalan 
tempat lain hanya berjalan yang berdekatan dengan hotel yang boleh walk 
in je.

 
Actually
 cuak gak nak bercuti di Redang ni. Sebab akan ada aktiviti snorkelling.
 Ikut previous snorkelling experience di Tioman, memang lawakla. Tak 
boleh cerita dia punya cuaknya. Tapi snorkelling kali ni ntah mana dapat
 keberaniannya, macam saya sangat enjoying snorkelling moment. Nanti 
cerita part snorkelling.

Percutian
 di Pulau Redang adalah selama tiga dua malam ni Laguna Redang Island 
Resort under pakej resort ni. Bila ambil pakej memang dan include 
semualah iaitu tiket feri, buffet dan bilik. Feri yang kami naik under 
Laguna jugak. Harga pakej ni dalam RM728/pax untuk dewasa dan RM428/pax 
untuk kanak-kanak (4-12 years old).
 .jpeg)
Dengar macam pricey tapi resort ni 4 star dan dan include semua major part kot macam makan dan feri. Even pakej snorkelling pun dah included. Bawak anak-anak, memang better ambil yang pakej. Kita tak payah pikir dah part major ni macam part makan.
Ok nak cerita dari mula percutian 
di Redang ni. Naik feri pada hari Khamis pukul 10am. Gerak dari KL dalam
 pukul dua pagi. Perjalanan dari KL ke Jeti Taman Tamudun Islam ambil 
masa enam jam. 
Berhenti di R&R Ajil untuk solat dan mandi dan
 tukar busana (busana kau) warna putih. Semua pakai baju warna putih. 
Dah siap terus gerak ke jeti Taman Tamadun Islam. Dalam pukul 9 pagi 
sampai jeti.
Kat Jeti dah ada pekerja Laguna yang akan uruskan semua 
yang nak pergi Laguna. So, agak smooth lah urusan kami di jeti. Yelah 
harga pakej mahal kot. Bagi lousy servis memang akan kena kecamlah. Dah 
setel tiket, tagging beg semua, tunggu sekejap feri sampai then naik 
feri.
Dari jeti ke feri pun tak kena nak berjalan jauh. Kalau 
compare dengan Pangkor perghh jauh. Dahlah time banyak barang bag kena 
hand carry. Dengan Dak Zayden nak dukunglah. Aduii menacabar betul time 
tu.
Sebab experience di Pangkor tuelah, saya tak bawa beg yang
 kena hand carry. Bawak satu lunggage besar, then tiga bagpack yang di 
carry oleh saya, Kimchi dan Dak Zafran. Begpack Dak Zafran just ada toy 
sandcastle, alatan mandi je. So tak berat. Jangan accuse saya abuse 
child ye. Haha.
Perjalanan feri ke Laguna dalam dua jam. 
Kimchi tidur.Saya tak tidur. Menikmati permandangan laut sebab dapat seat tepi tingkap. Dak Zayden pun join jugak.

 
Dah
 sampai jeti Laguna, banyak jugak feri lain yang sama sampai. So 
ramailah di jeti Laguna. Dari Jeti ke resort nak kena 10 minit. jalan 
kaki. Laguna ada je sediakan shuttle ke resort. Tapi ramai sangat 
beratur nak naik shuttle. So semua jalan kaki jea. Malas nak beratur. 
Lagipun beg semua pekerja Laguna yang bawakkan sampai ke resort. So tak struggle
 dan penatlah lah nak berjalan kaki ke resort. 

Walaupun
 tak carry beg masa berjalan kaki dari jeti ke resort, tapi terasa 
penatnya. Tak tahulah macam mana kalau kena carry beg jugak. 
Sampai-sampai
 resort, terus terpukau dengan kecantikkan exterior design Laguna Resort
 dan permandangan pantai di hadapan resort. Ya Allah cantik betul 
pantainya. Pasir putih halus macam powder tu. Air laut pun warna hijau. Patutlah orang kata
 Redang ni Maldives Malaysia.

Kawan Kimchi bagitau dah check in tapi tak boleh masuk bilik. Sebab bilik tak siap kemas lagi walaupun dah check in. Pi lunch di café. Nak masuk café pun kena beratur jugak. Sebab ada sistem yang bila dah sampai di kaunter, pekerjanya akan tentukan kita duduk meja nombor berapa. Kalau taka da meja kosong time tu, kenalah tunggulah. Sebab tu beratur Panjang. Time lunch ni jeala beratur lama sedikit. Time makan lain tak kena tunggu lama pun.

Baguslah cara macamni. Tak adalah incident orang yang duk pegang makanan, then kena muka kesian kat yang duduk meja makan sebab tak ada meja kosong. Kita yang tengok muka kesian pun jadi tak tenang nak makan. Padahal kita pun baru dapat meja. Kaunter tu pun kat tingkap bawah. Café tingkat atas.
Semua makan adalah buffet. Walaupun ramai yang datang 
makan satu masa, tapi cepat tau pekerjanya topup makanan bila dah nak 
habis. Tak sempatlah kosonglah semua chafing dish. Makanannya rasa agak 
sedap. Tak ada rasa yang tak kena dengan tekak. Semua jenis tema ada 
iaitu western, local dan etc. Paling penting ada free flow coffee.Dua 
tiga cup saya minum.
Dah siap makan lunch buffet, masih lagi 
tak dapat masuk bilik. Yeala standard check in pukl 3pm. Time tu baru 
pukul 2pm. Nak complaint pun tak boleh. So, jalan-jalan di sekitar 
resort dan pantai.


Permandangan
 pantai Pulau Redang. Ya Allah.indah sungguh ciptaan tuhan ni. Memang 
kerja kami duk OOTD jeala kat pantai ni especially geng wifey. Tapi tak 
dapat nak lepak lama kat pantau sebab cuaca panas terik. Bahang ya amat. Duk 
bergambar dah rakam video guna dron pun ada, then budak-budak mintak ice
 cream. Diaorang nampak kedai souvenir dekat area pantai tu. Wajib mak pak
 kena pau lah bila ada kedai ni. Malah setiap hari kat situ anak-anak mintak ice cream. Saya pun ada jugak hasil shopping kedai tu. Beli topi pantai kaler pink.


Duk lepak jap kat kat depan kedai sebab area tu kurang panas sedikit, then dah dapat masuk bilik. Alhamdulillah dapat rehatkan diri.
Bilik
 kami semua adalah di tingkat paling bawah dan berhadapan dengan 
swimming pool. Tapi walaupun berhadapan dengan swimming pool, tapi 
biliknnya bukan pool access room. Means tak boleh pergi ikut balkoni. 
Kena ikut pintu depan. Tak macam Bharat. Dari balkoni boleh terus keluar 
untuk ke swimming pool.



Satu lagi my comment on room, katilnya adalah single dan ada empat. Bilik ni bukan untuk family ke caner. Kami kena gabung dua katil supaya jadi luas untuk tiga ketul tidur bersama-sama.
Tapi interior design
 bilik kami ni sangatlah cantik. Tema bali. Toilet siap ada separate 
room untuk toilet dan shower. Dan ada jugak basin area. Tapi iron 
takde ye. Kena request. Boleh guna 30minit je.After that akan diambil 
semula. Tapi yang iron yang guna tak kena ambik pun. Iron nya macam 
bahaya sedikit.tak boleh nak adjust sangat panasnya. Boleh rosak kain 
kalau tak jaga-jaga.
 
Lepas
 dah duk bilik, petangnya saya dan Zayden duk bilik je. Tak join lain pi
 mandi kolam dan jalan-jalan pantai. Nak rehatkan diri untuk full day 
activity esoknya. Especially Zaydenla nak bagi dia berehat sebab kecik 
lagi. 
Dinner pun buffet di cafe Laguna Resort . Banyak jugak pilihan makanan
 dan rasanya sedap. Siap ada BBQ lagi kalau dinner. Sama juga breakfast 
buffet. 
 Dinner buffet 
Tq utk story ❤️
ReplyDelete