Cara Jaga Mata Anak Akibat Penggunaan Gajet
Baru-baru ini Dr Mohd Hafidz Ithnin telah melakukan perkongsian secara live dari Zoom mengenai Cara Nak Jaga Mata Anak Kita Akibat Penggunaan Gajet. Beliau yang juga merupakan Pakar Mata Optom Eyecare dan Pensyarah UIAM mengatakan anak-anak memang tak boleh elak mengunakan Gajet. Sebab Gajet adalah medium pembelajaran sekarang akibat daripada Covid 19 yang menyebabkan pembelajaran secara bersemuka menjadi semakin terhad.
Jadi apa yang boleh dilakukan sekarang adalah jaga mata dengan baik untuk mengelak daripada menghadapi kesan buruk akibat daripada gajet seperi peningkatan power spek mata, otot focus mata tidak stabil, mata cepat penat dan banyak lagi.
Jadi Dr Mohd Hafidz Ithnin mengongsikan beberapa cara untuk menjaga mata anak-anak kita. Cara-caranya ialah
1.
 Berehat sebentar dan boleh sambung semula pengunaan gadjet. Caranya 
lihat pemandangan luar rumah dalam 5-10 minit bagi rehatkan mata dari 
terlalu fokus. 
2. Melakukan aktiviti luar rumah. Antara aktiviti
 luar rumah yang boleh dilakukan ialah membawa anak-anak main di taman 
permainan, bersukan, bercucuk tanam, dan sebagainya. Aktiviti luar rumah
 tanpa gajet ini membantu penjagaan mata anak-anak ddan juga membantu 
perkembangan minda anak.
3.
 Kanta khas untuk penggunaan gadjet. Pengunaan kanta khas pada anak-anak
 ini boleh melindungi mata anak dengan penglihatan jarak yang tajam dan 
tanpa kompromi. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai kanta khas ini, 
boleh dapatkan khidmat nasihat di Optom Eyecare Bangi.
4. Beri 
ganjaran pada anak jika tidak mengunakan gajet. Budak mana tak suka 
ganjaran kan. Dengan beri ganjaran, anak-anak akan kurang mengunakan 
gajet secara keterlaluan.
5.
 Penggunaan kanta penapis berwarna biru. Ini juga membantu melindungi 
mata dari terdedah dengan cahaya biru yang boleh merbahayakan mata.
Jika
 mata anak-anak masih ada masalah seperti asyik berkelip-kelip, mata 
cepat merah atau selalu gosok mata sewaktu melihat gadjet. Segeralah 
bawa anak-anak ke klinik atau boleh buat poemeriksaan awal di Optom 
Eyecare. Lebih baik kita mencegah dari ianya membawa kepada yang lebih 
teruk.
 
Kalau nak tahu, pada 11 Disember 2021 ini, pihak Optom Eyecare membuka satu sesi perjumpaan dengan Doktor Mohd Hafidz Ithnin di Optom Eyecare Bangi. Kalau berminat nak join sesi perjumpaan ini, hubungi di talian 011-11479093 untuk pengesahan kehadiran dan maklumat lanjut.
Optom
 Eyecare Bangi turut memperkenalkan satu perkhidmatan baru khas untuk 
kanak-kanak iaitu Kiddos Eyecare. Ianya memfokuskan kepada penjagaan 
mata untuk kanak-kanak.
Unutk maklumat lanjut
OPTOM Eyecare Bangi
Alamat : No. 37 Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor (Berdekatan Marrybrown).
Waktu Operasi : 9.00 am – 8.00pm (Setiap Hari)
Instagram: Optom Eyecare
Facebook: Optom Eyecare
Whatsapp : wasap.my/601111479093

He shares the best advices to protect our children due to use of mobile phones. Furthermore, we provide budget-friendly Commercial Electrical Services Los Angeles CA with our expert and licensed electricians.
ReplyDelete