25 January 2026

New year lunch with my forever crew & a belated birthday celebration for Mus At The Mios Cafe, Shah Alam

Tirai tahun baru 2026 dibuka dengan Gediks Family berkumpul makan tengah hari bersama-sama di Mios Shah Alam. Farid dan family pun ada jugak. Datang jauh dari Johor. Tapi dorang ada bermalam di rumah mak di Pj dahulu.


New year lunch ini juga dibuat sekali dengan sambutan hari jadi Mus yang jatuh pada Disember lepas. Agak terlewat sambut birthday Mus sebab ada kekangan masa. Tak apa lewat. Bak kata omputih better late than never.

Restaurant ni of course ada menu both western dan local iaitu nasi. Nasi untuk abah. Western untuk kami semua. Semuanya sedap. Lamb chop pun lembut. Most of cafe tang lamb chop fail. Sangat liat. Dessert pun sedap dan tidak terlalu manis. Ada restaurant menyajikan dessert manis ya amat tahap melekat kat tekak. Tak boleh nak makan dessert yang ni. So approved. Boleh repeat lagi.









Berkumpul dengan favourite person betul-betul dapat menenangkan hati dan menguatkan semangat. Sebab tahun 2025 ni macam-macam benda jadi yang menyerabutkan hati, jiwa dan raga. Hopefully tahun 2026 membawa lebih banyak perkara baik  berbanding tahun 2025.


To Mus, happy belated birthday to you. Semoga Berjaya dunia akhirat. Semoga tahun baru ni jugak lebih memberi kenangan manis dan baik untuk kita semua.