13 November 2025

My 38th Birthday Family Steak Night at Me'nate, Puncak Alam

Hari jadi saya yang lagi dua tahun nak masuk 4 series, mintak Kimchi belanja dinner di Me'nate Steak Hub, Puncak Alam. Last year Kimchi belanja di Chef Wan.


Tiber terasa nak makan steak Menate. Padahal pernah je makan di Menate. Tapi lapan tahun lepas lah. Dan sekali tu jeala. Itupun bukan di Menate Puncak Alam. Menate Puncak Alam baru je buka. Yang lapan tahun lepas ni makan di restaurant Menate yang pertama iaitu di Shah Alam.

Tapi my steak eating experience masa first time makan di Menate ni tak berapa best. Sebab terpilih cara masakan medium rare. Terpergaruh dengan review mat saleh kata cara masakan hat ni paling sedih sebab dapat rasa keaslian steak gitew. Duk ikut review tekak mat salah padahal kau kau melayu tulen haa ambik. Tak boleh nak telan steak tak masak tu. Jenuh nak telan each bite of steak. Lagi perit terpaksa habiskan sebab harga mahal weyh. Rate level T20. Steak kan.

Tu yang takde nak repeat dah makan di Menate. Sebab kan experience ni rasa langsung tak teringin  nak makan steak. Kalau nak makan menu western di café lain pun, akan order menu ayam. Takpun lamb.

Just beberapa tahun ni, tengok sorang ni asalkan ada buat family celebration, dia akan di Menate. Ada satu tahun, lebih sekali dia makan di menate. Dia memang mampu makan di situ. Tapi kalau selalu repeat, mesti lah sebab sedap jugak kan.

Tu yang nak try lagi makan di Menate dan mintak Kimchi belanja sempenan my birthday yang 38 tahun. Lepas tu ada pulak cawangan Menate yang dekat dari rumah saujana iaitu Menate Puncak Alam. Kalau tak de yang Puncak Alam ni, memang takde la mintak makan di Menate. Cawangan lain jauh dari Saujana.

Sampai sahaja Menate, terus pilih daging. Saya pilih beef. Kimchi pulak lamb. Taknak kesilapan lapan tahun lalu berulang, terus pilih well done untuk beef steak saya. Kimchi pilih sama. Tekak orang melayu tak boleh nak raw raw ni. Sos saya pilih mushroom, Kimchi pula black pepper. Side dish akan dapat mash potatoes dan vegetables.



Memang betul kami bukan tekak mat saleh. Makan yang steak well done barulah dapat menikmati kelazatan steak Menate ni. Sedap rupanya. Sangat tender steak nya. Patutlah ada yang repeat makan Menate berkali-kali walaupun rate menu nya level T20. Kimchi punya lamb pun sedap. Sos mushroom dan black pepper pun sedap, cukup rasa dan pekat.

My tiga ketul order pizza wagyu dan chicken finger and chips. Menu dessert nya tak ada cake. Untuk nak buat potong cake for my birthday. Jadi order Biscoff apple crumble sebagai pengganti cake.





Since sedap bolehlah repeat makan di Menate lagi. Kalau ada rezeki lebih. InsyaAllah. Aaminn. To Kimchi Sayang, thank you for birthday treat. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki, panjang umur dan diberikan kesihatan yang baik. Aminn.

8 November 2025

2D1N Kuala Lumpur Family Staycation| A Unique City Adventure With Kids

Musim cuti sekolah akhir tahun untuk tahun ini hampir tiba. Kenalah plan aktiviti with kids yang unik, yang luar dari kebiasaan dari kami selalu buat pada cuti sekolah akhir tahun. Tapi belum ada idea lagi nak buat aktiviti apa. Macam untuk cuti sekolah akhir tahun bagi sesi tahun 2024, me and kimchi bawak tiga ketul staycation di Kuala Lumpur. 

Check in di hotel berhampiran di area Pasar Seni iaitu Santa Grand Hotel. Hotel ni tak ada sediakan parking. Jadi kami parking di parking lot Pasar Seni. Then, pusing pusing Kuala Lumpur dengan naik public transport. 



Aktiviti ala ala backpackers bersama-sama anak anak ini selama dua hari satu malam. Sabtu pagi sampai Pasar Seni terus parking di Pasar Seni. Tak dapat nak check in awal sebab penginap bilik kami belum check out. Jadi beg still letak dalam kereta dan kami pergi jalan-jalan tempat-tempat menarik yang ada di KL.




First tempat kami tujui adalah Memorial Tunku Abdu Rahman. Naik LRT dan turun di Sogo. Tapi dari stesen Sogo agak jauh nak jalan kaki nak ke Memorial Tunku Abdul Rahman. Kami naik grab. Posting pasal lawatan Memorial Tunku Abdul Rahman, boleh baca dengan klik SINI.

Lepas melawat Memorial Tunku Abdul Rahman, naik grab untuk ke Sogo balik. Lunch di Sogo. Habis lunch naik train ke stesen Pasar Seni untuk check in hotel yang kami dah book.

Sampai hotel dalam pukul 4-5pm macamtu. Ingatkan bilk kami dah ready untuk masuk. Tengok-tengok bilik kami belum siap kemas dan bersihkan lagi. Adui service out hotel ni. Kena tunggu 30-40 minit jugak baru dapat masuk bilik.




Malamnya kami dinner di Pasar Seni. Di food court nya. Siap makan dinner, pusing-pusing dalam Pasar Seni. Suka dengan vibe Pasar Seni. Penuh dengan hasil kraf tangan. Asthetic sangat. 





Di luar Pasar Seni ada persembahan joget lambak tak silap. Siap pengunjung boleh join menari. Dak Zafirah pun join menari jugak.


Dah habis touring di dalam Pasar Seni, malam masih lagi muda. Sambung lagi jalan-jalan ke Padang Merdeka. Sepanjang jalan nak ke padang merdeka, jalan tepi waterfront. Waterfront ini dipanggil River of Life, Kuala Lumpur. Cantik sangat area waterfront ni. 



Jalan-jalan pada waktu malam dapat tengok lampu-lampu yang dipasang di sepanjang sungai River of Life ni. Jadi tempat lepak urban yang super aesthetic. Sungai ini terletak di pertembungan dua Sungai Klang & Sungai Gombak. River of life ni juga berdekatan dengan Masjid Jamek.




Dah sampai padang merdeka, yang hadapannya bangunan Sultan Abdul Samad, Bangunan ni under construction pulak. Di sekelilingnya diletak pagar besi. Tak dapat nak bergambar cantik di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad.



Dah jalan-jalan padang merdeka, tiga ketul dah penat. Balik ke hotel semula yang kat area Pasar Seni untuk rehat dan tidur.

Esoknnya kami check out hotel pukul 11am macamtu sebab aktiviti naik Hop On Hop Off pukul 12pm. Naik bas HOHO di hadapan pasar Seni . Ada HOHO pick up point di situ. Pagi breakfast buffet di hotel. Lepas siap breakfast tiga ketul mandi swimming pool hotel. 





Swimming pool hotel di roof top. Dapat tengok permadangan Kualan Lumpur dari atas hotel sambil mandi swimming pool. Dapat healing with city view sangat. Tiga ketul pun enjoy mandi swimming pool.






Lepas check out, terus naik HOHO. Kami ambik yang city tour. Satu lagi route  yang boleh dipilh adalah garden tour. HOHO bawak pergi ke semua main attraction yang ada di Kuala Lumpur macam Menara KL, KLCC, TRex dan banyak lagi.

Turun di Sungai Wang untuk lunch dan solat. Bila nak naik balik HOHO untuk sambung city tour, kena beratur panjang untuk naik bas HOHO. Bas HOHO  yang ditunggu ni adalah bas yang terakhir yang boleh dinaik. Then dah takde dah bus untuk trip HOHO ni. Hopefully dapat naik HOHO sebelum penuh. Alhamdullilah sampai je bas terakhir ni, kami dapat jugak naik sebelum penuh.



Pergi ke beberapa lagi tempat menarik spot HOHO. Sebelum bas HOHO pergi ke last route, turun di Bukit Bintang.  Nak jalan-jalan di Bukit Bintang. Kat Bukit Bintang jugak boleh naik train untuk balik ke Pasar Seni. Jalan-jalan di Bukit Bintang feeling gadis kota dan urban sangat. 




Dah balik ke pasar Seni balik, bayar Parking nak dekat RM120 macamtu sebab parking selama dua hari. Apapun sangat have fun staycation dan acting backpackers di Kuala Lumpur. Tiga ketul pun seronok jugak.

1 November 2025

A Cozy Meal with Loved Ones at Kedua by Waks Shake Cafe, Eco Grandeur

Gediks family tersangatlah suka aktiviti café hopping. Masa all Gediks berkumpul di rumah saya di Saujana haritu, kami sepakat untuk cuba makan di café yang kami tak pernah pergi lagi. Cari punya cari di area berdekatan dengan Saujana iaitu di Eco Grandeur, Mus jumpa satu café yang belum pernah kami cuba, iaitu Kedua by Waks Shake Cafe.


Kafe ni dekat je dengan restoran P&C. Kafe ini berada di middle lot, jadi meja di café ini agak terhad. Tapi nasib baik masa sampai tu ada meja besar yang available dan muat untuk kami semua. Rezeki sangat.


Menu kafe ini ada both local, iaitu nasi (of course untuk Abah), dan western. Dessert pun ada. Saya order, of course, menu western iaitu Chicken Grill. Sedap. Sosnya tak pedas, pekat dan cukup rasa. Ada satu menu yang unik bagi saya, Didi yang order iaitu salted egg pasta. Not bad juga rasanya. Tapi kek yang kami order agak dry.






Overall, sedap. Tempat pun selesa walaupun ruang makan tak luas sangat. Tapi kalau nak repeat lagi makan menu yang lebih kurang macam café lain, bagi saya better makan di P&C.