21 September 2025

Bawa Tiga Ketul Petik Strawberi di Cameron Highlands| Big Red Strawberry Farm Memang Syok

Tak pernah buat aktiviti petik strawberry di Cameron highland walaupun almost setiap tahun bercuti di CH. Kalau di CH aktiviti wajib saya di sana menikmati tea samada di Bharat atau Sungai Palas dan cari port OOTD yang berlatarbelakang permandangan ala ala oversea untuk bergambar. Satu lagi shopping di Kea Farm. 


Pernah sekali nak beraktiviti petik ni kat ladang mana entah. Tapi lahai sendu naw buah-buah strawberyy kat pokok. Tak hijau kalau merah kecik bebenar. Tu tak pernah masukkan aktviti petik strawberry dalam itineri percutian Cameron Highland. 


Tapi bagi my SIL, aktiviti petik strawberry adalah aktiviti wajib buat tiap kali sampai CH. Tapi just suka pergi ke tempat favourite my SIL sahaja untuk aktiviti petik strawberry ini dan kena sampai situ time betul-betul baru buka. Kalau lewat memang tak akan rasa nikmat petik strawberry. Sebab buah yang best best confirm habis cepat. Tempat ini adalah Big Red Strawberry Farm.


Big Red Strawberry Farm terletak di Brinchang. Sayaaa tak pernah sampai lagi. Engak tahu napa. Padahal kat Brinchang je pun. Big Red Strawberry Farm ni ladang strawberry yang terbesar di Cameron Highland kot. Sebab tak pernah masukkan aktiviti petik strawberry salah satu aktiviti wajib bila di CH kot. Tu tak tahu kewujudan tempat ni. Selalu beli strawberry kat kedai je. Beli kat Kea Farm la selalunya.


Nak masuk ke ladang strawberry untuk aktiviti petik buah ini kena bayar RM60/box untuk two adult and one kid. Untuk additional pax yang nak masuk jugak ladang strawberry even tak ambik kotak pun kena bayar jugak. RM5/pax tak silap. Sekotak RM60 tu boleh isi up to 1kg strawberry.



Strawberry di situ pokok-pokoknya dan semualah yang ada di farm ini adalah tanamam hidroponik. Selain strawberry, hasil tanaman lain juga boleh dipetik seperti sayur-sayuran. Tapi kalau nak dapat petik strawberry yang best best, kena pergi awal. Sampai lewat memang selamatlah dapat kat orang lain. Tapi tak apa, kalau tak dapat petik yang best-best boleh je beli yang ada dijual di kedai situ.

Farm ni selain ada kedai yang jual buah-buahan dan sayur-sayuran, ada juga café. Boleh nak lepak lepas minum dan makan dessert di situ. Parking dan entrance fee free je. Nak petik strawberry jeala kena bayar.

Syok jugak aktiviti petik strawberry di Big Red Strawberry Farm. Nak pengalaman lagi best kena sampai awal supaya sampai rambang mata nak petik strawberry. Boleh dijadikan aktiviti wajib tiap kali bercuti di Cameron Highland aktiviti petik strawberry di Big Red Strawberry Farm.

7 September 2025

Dak Zafran Tak Pernah Miss Muzium| Kali Ni ke Memorial Tunku Abdul Rahman

Dak Zafran asal kalau ada jalan-jalan di negeri lain mesti disuruhnya bawak pergi ke Muzium. Tak kisahlah muzium negeri ke bukan, kecik ke besau asalkan muzium. Minat dengan sejarah naw Dak Zafran ni. Since nampak dia minat sangat dengan muzium bawaklah Zafran melawat Memorial Tunku Abdul Rahman. 

Memorial Tunku Abdul Rahman terletak di Kuala Lumpur. Memorial adalah muzium yang membolehkan pelawat memperingati dan mengenang jasa dan sumbangan bakti Tunku sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan juga Perdana Menteri Malaysia yang pertama (1957 – 1970).  

Di Muzium ini dapat mengenali Tunku Abdul Rahman secara peribadi kerana ada mempamerkan semua warisan berkaitan dengan Tunku yang terdiri daripada pelbagai bahan seperti dokumen, gambar, hadiah, keratan akhbar dan barangan peribadi. Percuma je nak masuk memorial ni. Di luar pameran terdapat juga kereta merdeka dan kereta Cardillac Fleetwood 1959 yang pernah digunakan oleh Tunku. 









Di memorial ini jugak dapat melawat jugak Bangunan Residensi atau kediaman yang didiami oleh Tunku dari tahun 1956 sehingga 1970. Bangunan ini dah berusia lebih seratus tahun tapi bentuk asalnya serta kedudukan susun atur dalamannya masih dikekalkan bentuk asal dan dalam keadaan baik. Seni binanya berkonsepkan English. 








Turut dipamerkan Bangunan Pejabat Lama Tunku ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

Di pameran ini, pelbagai maklumat mengenai Tun, dari zaman kanak-kanak sehinggalah bersara, dipamerkan di panel informasi untuk dikongsikan kepada para pelawat. Dak Zafran mula-mula bacalah semua panel  informasi tanpa miss. Tapi last last Dak Zafran tak mampu nak habiskan baca semua panel informasi yang ada di situ sebab betul-betul banyak.

Melawat ke Memorial Tun Abdul Rahman sememangnya memberikan pengalaman yang yang sangat berharga. Di Memorial ini bukan saja dapat tengok sendiri warisan dan barang peribadi milik Tunku, tapi juga dapat rasa suasana zaman silam di Bangunan Residensi yang masih terpelihara bentuk asalnya. Kalau ada peluang, boleh datang lagi.