7 June 2025

Uwan Enon Clans Tunaikan Ibadah Korban Dengan Sembelih Seekor Lembu di rumah Kampung Uwan

Raya Aidiladha tahun ini, anak beranak keluarga Uwan Enon iaitu keluarga saudara mara belah mak sepakat untuk menunaikan ibadah korban dengan korban seekor lembung dan ibadah korban lembu dilakukan di dalam kawasan rumah kampong uwan. Kawasan dalam rumah kampong uwan sangat luas. Berkeluasan 3 ekar kerana ada juga tanah kebun. Tu dapat nak buat pemyembelihan lembu. Siap dapat beri lembu makan rumput kebun sebab lembu dihantar awal dua tiga hari sebelum hari nak sembelih lembu ini.

Sembilan lembu ini dapat dilalukan pada raya haji yang kedua. Hari pertama raya haji slot tukang sembelihan penuh. Jadi pada hari raya pertama dimulakan dengan solat raya. Habis solat raya haji, duk makan juadah raya haji sahaja. Juadah raya haji pertama almost same like raya puasa iaitu nasi impit, kuah kacang, rendang, kuah lontong, lemanng dan pelbagai jenis juadah pencuci mulut.

Pada keesokkanya, sembelihan lembu start pada pukul 8:30pm. Selesai sembelih, diteruskan dengan lahap, potong dan agihan. Pada masa yang sama, ambil portion daging dengan persetujuan semua untuk dimasak untuk makan tengahhari. Juadah yang disediakan untuk makan tengahhari adalah masak lemak cili api, daging goreng kunyit, daging masak kicap dan sup tulang.




Semua lauk-pauk daging yang dimasak ini, dagingnya tersangatlah lembut. Tak liat langsung. Tak masak mengunankan pressure cooker. Rasanya ni daging korban yang paling lembut saya pernah makan. Hari kedua raya haji memang hanya makan lauk pauk daging korban sahaja.






Selesai sudah Ibadan korban Enon Clans tahun ini. Semoga ibadah korban ini dapat menguatkan tali silaturahim dan meningkatkan keimanan kita kepada Allah SWT.

1 June 2025

2D1N Stay at Aziqa Homestay Perlis, a Traditional Village Themed Homestay with Paddy Field Views and Private Pool Part 1

Masa penghujung cuti persekolahan untuk sambutan cuti raya aidilfitri baru ni, kami dan juga semua keluarga belah Kimchi pergi bercuti di Perlis. Asalnya bercuti di Perlis cum ikut family abang ipar hantar anaknya balik sekolah asrama penuh di Pendang. Tapi itulah terlampau syok bebenar bercuti di Perlis. Sebab ada Padang Besar tu. Hanya family abang ipar je yang hantar anaknya balik sekolah asrama. Saya dan Kimchi sambung shopping di Padang Besar.

Last sekali sampai Perlis masa mengandungkan dak Zayden. Pi Perlis pun sebab hadir konvo my youngest bro di Unimap. Pastu sekali jalan bercuti di Hatyai. Tu lah last sekali sampai Perlis.

Sebelum trip yang last sampai Perlis ni, pernah beberapa kali pi Padang Besar. Ada sampai sana sebab my SIL, Hazzy orang Kedah. So both majlis pertunangan dan majlis nikah my bro dan SIL akan pergi juga ke Padang Besar. 

Both trip Padang Besar tu, seingat saya saya tak adalah rasa syok shopping sangat. Tak rasa macam akan nak repeat pergi situ lagi. Harga barang dijual di situ rasa macam kat KL pun dapat lebih kurang sama je. Tapi trip yang baru ni, rasa macam eh syoknye shopping Padang Besar ni. Tak cukuplah shopping satu hari je di situ. 

Harga agak mampu milik. Barang pelbagai jenis dijual di situ. Esoknya repeat lagilah shopping Padang Besar. Tu tak dapat follow family abang ipar hantar anaknya balik sekolah asrama. Tak dapat nak kenal lagilah sekolah asrama anak buah.

Percutian di Perlis ni kami book Aziqa Homestay di Beseri, Perlis. Kami book whole unit homestay ni untuk family kami sahaja. Lagipun bilangan unit homestay ngam-ngam sama bilangan dengan bilangan family kami. 

Homestay ni mempunyai design konsep kampung tradisional yang dikelilingi dengan permandangan semula jadi dan sawah padi. Paling penting ada private pool. Kemudahan BBQ dan memasak pun disediakan. Harga agak reasonable. Satu unit homestay tak lebih RM170++. Harga setiap unit homestay berbeza sebab keluasaan dan facility setiap homestay tak sama.

Selepas check in terus memasak dan BBQ. Disediakan untuk aktiviti malam iaitu sambutan hari jadi April babies dan sukaneka untuk kanak-kanak riang. Budak-budak pulak mandi kolam.

Aktiviti malam start dengan sambutan hari jadi untuk April babies. Lepas tu kanak-kanak riang main beberapa games. 



2D1N Stay at Aziqa Homestay Perlis, a Traditional Village-Themed Homestay with Paddy Field Views and Private Pool Part 2

Esok paginya bersiap untuk OOTD di sekitar homestay. Since OOTD berlatarkangkan perkampungan melayu, sawah padi dan alam semula jadi, kami semua sepakat mengenakan pakaian tema orang kampong untuk aktiviti OOTD kami. Supaya kena dengan background OOTD. 

Yang gegurl pakai baju kurung kedah dan kain batik. Lelaki pula pakai seluar hitam, tshirt putih, songkok hitam dan silang kain pelikat. 








Sangat banyak tempat cantik bergambar. Tapi sebab cuaca terlampau panas terik. Perlis pun negeri terpanas di Malaysia. Dalam sejam dua jam camtu kami bergambar. Then budak budak nak balik homestay mandi kolam. Kalau tidak mau sampai nak check out kami duk OOTD.

Sangat menyeronokkan check in di Aziqa Homestay sebab fasiliti lengkap dan ada permandangan cantic. Cuma ada kelengkapan memasak yang condition dah agak lama. Ada dah berkarat. Suppose boleh ganti baru. Apapun sangat memberi pengalaman percutian yang agak bermakna di Aziqa Homestay. Untuk Padang Besar pulak, akan ku repeat shopping di situ lagi. Heh heh heh.