17 May 2025

May Babies’ Birthday Celebration Luncheon at Stesen 83 Kopitiam, Bukit Jelutong

Pada keesokkan hari sambut May babies di rumah mak abah, ajak semua continue lagi sambut birthday May babies dengan lunch di luar. Bagi mak gantung kuali daripada menyediakan juadah untuk makan tengahhari.

Pilih restaurant Stesen 83 Kopitiam untuk family luncheon dan Mus yang tolong carikan restaurant ni. Kopitiam ini terletak di Bukit Jelutong. Kopitiam ini menyajikan menu western dan nasi pun ada. 

Saya dan Mus order menu classic beef burger. Didi order grilled chicken. Mak order fish and chips. Kimchi dan abah order menu nasi.



Semuanya sedap tapi burger yang saya order rotinya keras. Tak lembut. Tak dapat nak menikmati rasa daging burger sebab struggle nak makan roti yang keras. Tapi sedap dan juicy je daging beef burger nya.

Interior deco kopitiam ni cantik. Banyak spot untuk OOTD dalam kopitiam ni. Tempat pun selesa dan bersih. Tapi time kami datang makan tu, ada lalat sekor duk sibukla nak hinggap makanan kami. Macam nak bertelur pun ada. Ermm spoil jugak tang tu. Kopitiam ni tempat tertutup. Suppose tak boleh happen benda ni.

To all May babies termasuklah Dak Zafirah sayang, Happy birthday. Semoga panjang umur, murah rezeki dan diberikan kesihatan yang baik.

15 May 2025

2025 May Babies Celebration at rumah mak abah, Petaling Jaya

Selepas celebrate birthday Dak Zayden pada March lepas, Dak Zafirah berkali-kali mengingatkan untuk buat sambutan hari jadi untuk dia juga. Hari Jadi Dak Zafirah adalah pada bulan Mei.

Dak Zafirah akan tanya harini bulan berapa. Bulan lima lambat lagi ke. Bila dah masuk bulan lima, terus remind saya untuk buat sambutan hari jadi Zafirah yang ke tujuh tahun.

Since mak abah pun May babies jugak, sekalikan sambut hari jadi semua May babies iaitu mak, abah dan Dak Zafirah di rumah mak abah di Petaling Jaya.

Pada hari nak sambut birthday May Babies di PJ, mintak tolong Mus dan Didi untuk buat birthday deco dan beli kek sebab kami sampai PJ lambat. Ada kena join event silat Zafran dan Zafirah. Sambutan pun dapat buat lepas mahgrib.

Tema birthday adalah warna pink putih. Mak masak cabonara dan juga juadah makan malam. Mus sponsor mini burger.

Dak Zafirah happy sangat buat sambutan harijadi untuk dia. Hadiah pun dapat banyak sebab semua gediks family ada bagi hadiah termasuk mama papa. Dak Zayden pun dapat hadiah jugak. Kalau ada sambut birthday sama ada Zafirah atau Zayden memang kena dua-dua dapat hadiah walaupun tak birthday. Kalau tidak akan ada insiden tumpahan air mata. Huhu.








Thanks Gediks untuk sambutan hari jadi Dak Zafirah yang memberi kenangan manis untuk Dak Zafirah.. Dak Zafirah happy sangat.