31 March 2025

Sambutan Raya Aidilfitri 2025 Di Kampung Jempol, Negeri Sembilan

Sambutan Raya Aidilfitri untuk tahun 2025 sambut di kampung my uwan belah mak di negeri Sembilan. Raya kedua baru balik ke belah Kimchi iaitu di Taiping, Perak.

Tema warna baju raya keluarga saya dan gediks family adalah warna lilac purple. Ikutkan ramai kata warna yang jadi pilihan untuk tema raya tahun ini adalah rich brown. Sekali nohhhh..ramai pilih lilac purple rupanya.


Menu yang disediakan untuk juadah raya pertama macam biasa mesti ada nasi impit, kuah kacang, rendang, lontong dan sup tulang. Didi ada buat kek batik. Saya pula ada beli dua kek MamaSab. Untuk memperbanyakkan dan mempelbagaikan lagi juadah raya pertama kampong uwan.


Sambutan raya pertama di kampong uwan memang akan menerima kunjungan raya saudara mara belah mak ke kampong uwan yang tidak putus-putus, dari pagi sampai malam. Jadi mak tak akan ke mana-mana la. 

Tapi cuba lari sekejap untuk pergi raya photoshoot dengan Kimchi dan anak-anak. Dengan gediks family jugak. Supaya ada gambar untuk kenang-kenangan. Ala kat sekitar halaman rumah kampong uwan je. Rumah uwan pun banyak port OOTD cantik. Rumah kampung uwan ada berseni bina kampung tradisional klasik kan. 


Dengan banyak pokok-pokok bunga cantik cantik ditanam di sekeliling rumah uwan. Uwan jugaklah yang menjaganya. Tak perlu dah book studio untuk nak raya photoshoot. Rumah kampung uwan pun dah cantik untuk photoshoot raya. Cuaca masa raya pertama pun nice untuk photoshoot sebab tak hujan. Tapi panas bahang. Huhu.

Semoga uwan sihat dan panjang umur supaya dapat sambut raya dengan uwan lagi. Dan dengan keluarga saya juga.

27 March 2025

Singgah Makan Tengahhari di Cendol Durian Borhan

Jumpa satu tempat makan jual cendol bagi saya sedap di Kuala Selangor. Nama kedai makan ni adalah Cendol Durian Borhan. Pergi try makan di kedai ni dengan Yanie selepas habis sportday tadika anak-anak kami yang buat di area Kuala Selangor jugak.

Bila dah nama kedai ada cendol durian sememangnya specialty nya cendol durian. Cendol nya sedap sangat. Cukup rasa lemak santan, cendol dan gula Melaka. Untuk cendol durian ditambah dengan tiga ulas durian. Durian nya sangat manis. Saya dan Kimchi order satu cendol durian dan cendol biasa. Yang durian dari cendol durian kami kongsi berdua.. Hehe.

Selain cendol, makanan lain pun ada juga yang boleh di order di kedai itu. Macam-macam ada.Since time datang tu time makan tengahahri order nasi ayam dan nasi ayam buttermilk.



Bagi saya semuaanya sedap. Tapi time kami makan tu tak ramai customer datang makan kedai tu. Kalau ada datang lagi makan di Cendol Durian Borhan akan repeat order cendol durian dan try order makanan lain pula.

24 March 2025

Bilalah Gangguan Bekalan Air Selangor Nak Pulih Sepenuhnya?

Nak dekat-dekat raya ni tolonglah air kat Selangor ni jangan buat hal. Dengan sekarang musim panas nya. Perit woo bila jadi gangguan bekalan air ni. Apalah susah sangat masalah air kat Selangor nak selesai. Tukarlah pengurusan siapa pun tetaplah isu Air Selangor ni tak selesai. Kenapa ye?

 

Ingat lagi pada 23 Julai 2024 lepas, Air Selangor menghadapi gangguan bekalan air tidak berjadual yang menjejaskan tujuh kawasan utama. Kawasan ini adalah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, dan Kuala Selangor. 

 

Puncanya daripada pencemaran bau di Sungai Kundang dan Sungai Sembah, menyebabkan empat loji rawatan air terpaksa dihentikan sementara. Memang teruklah kepimpinan baharu kena kritik sebab nampaklah gagal dalam menangani pencemaran secara proaktif dan juga ketidakcekapan dalam pengurusan krisis.

Dorang dorang  ni tahu tak kerap sangat jadi gangguan bekalan ni boleh menjejaskan perniagaan, hospital, dan industri lain. Boleh menyebabkan kerugian ekonomi. Ekonomi negara kita sekarang dahlah tak berapa nak stabil sangat dah. 

Masalah gangguan bekalan air ni satu hal. Yang menambah lagi angin dengan pengurusan Air Selangor ni dengar cerita yang tarif air akan naik sehingga 30%. Kenaikkan ini dijangka akan dijalankan pada Julai 2025. Saya dapat tahu info ni di perkongsian di page Sepang Viral.

 

sumber gambar: https://www.facebook.com/photo/?fbid=584977721241476&set=a.152516147820971

Katanya ni adalah kenaikan yang dirancang serta kesan tahunannya bagi bil Air Selangor (sumber : https://www.facebook.com/story.php story_fbid=634346379518589&id=100088296976751&rdid=MfMjLS5FZm8nDVKP#):

Kita yang pengguna domentik, nak tahu berapa akan naik bil air kita boleh tengok di gambar yang atas, table yang pertama. Pada tahun 2024 dah ada dah kenaikkan yang pertama iaitu lebih kurang sebanyak 20.03%. Ini adalah pelarasan pertama iaitu pada 1 Februari 2024. Pada tahun ini dijangkan akan naik lagi 30 %. Jumlah kenaikan 2023 - 2025: 54.12%. Dalam masa 2 tahun, bil air naik lebih 50%.

Sangat-sangat banyak bil air rakyat akan naik. Kena tahu once bil air nak, akan memberi kesan terhadap kos sara hidup.

Actually kalau kualiti air Selangor kekal bersih dan tiada juga masalah gangguan bekalan air, tak adalah rasa dan marah dengan kenaikkan tariff ni. Tapi kalau semuanya hauk, tu yang jadi tak puas hati dengan kenaikkan tarif yang baru ni.  Bayar kenaikkan tarif ni untuk apa sebenarnya.

Haritu janji nak buat pelbagai penambaikkan terhadap air Selangor. Masa tukar kepada pengurusan baru pada July 2024 baru ni. Tapi sampai sekarang tak nampak apa-apa perubahan.

Mohon sangat kepada pihak pengurusan Air Selangor agar selesaikan masalah gangguan bekalan baik dengan baik. Ini supaya tidak lagi menjejaskan pertumbuhan ekonomi negeri Selangor dan kesejahteraan rakyat. Mungkin kena ketatkan lagi juga penguatkuasa terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab dalam mencemarkan sungai dan alam sekitar. 

22 March 2025

Window Shopping & Watch Dino 5D Cinema at Silverlakes Village Outlet, Perak

Di Perak pun dah ada bukak pusat beli belah premium outlets jugak. Nama pusat beli belah ini adalah Silverlakes Village Outlet yang terletak di Batu Gajah. Namanya ada lake sebab ada tasik di hadapan outlet ini dan berkonsepkan keindahan tasik dan alam semula jadi.

Di Silverlakes Village Outlet betul-betul berdekatan dengan KTM Batu Gajah. Adalah kemudahan awam yang pengunjung boleh naik kalau nak ke outlet ini.

Outlet ni dah lama buka tapi kami baru berkesempatan pergi Silverlakes Village Outlet pada tahun lepas. Itu pun masa on the way nak balik Saujana dari Taiping.

Outlet ini sama je konsepnya seperti outlet outlet yang lain. Designer brand yang store nya paling Silverlakes Village Outlet adalah Kate Spade dan Coach. Coach la yang store nya paling outstanding. Sebab paling besar dan luas. Ada café dan interior & exterior design cantik. Banyak port OOTD di Coach store situ. Kami pun tak lepaskan peluanglah bergambar di situ.

Unikya Silverlakes Village Outlet ni ada ada jambatan terapung untuk menyeberangi tasik yang boleh  ke Taman Tema Dinosaur yang dikenali Dinosaur Encounter. Di tasik ini boleh buat aktiviti air  seperti naik bot dan banyak lagi. 

Jambatan terapung 

Kami tak pergi ke Dinosaur Encounter Park kerana kekangan masa. Tapi demi nak kena ada jugak buat aktiviti yang ada involvement tiga ketul minat pergilah tengok 5D Immersive Track Motion Ride. Bila dah nama tengok 5D cinema terasalah kita berada di Zaman Jurasic. Rasa bersama-sama dengan dinasour. Siap kena serang dengan dinasour lagi. Tiga ketul having fun sangat tengok 5D cinema dino ni.

ready nak tengok 5D cinema

Silverlakes Village Outlet memang cantik tempatnya. Bersih. Tandas pun bersih. Just banyak outlet masih kosong. Apapun akan repeat pergi sebab suka dengan konsep alam semula jadi outlet ini.

9 March 2025

A Special Iftar Birthday Celebration for Zayden

Setiap Ramadhan wajib balik rumah parents saya dan Kimchi pada weekend, untuk berbuka bersama sama dengan family belah masing-masing. Akan plan weekend mana satu nak balik hometown mana satu. Untuk elak bertindan. Untuk balik PJ, saya dan Farid agree untuk balik pada weekend kedua bulan Ramadhan tahun ini. Sebab saya dan Farid je yang di perantauan(perantauan la sangat)..My other siblings Didi & Mus memang living togather with mak abah at PJ.

Kebetulan pulak masa weekend saya dan Farid balik tu, jatuh pada hari birthday Dak Zayden yang kelima tahun. Hari jadi Dak Zayden adalah pada 9 March iaitu hari Ahad. Jadi dapatlah buat sambutan hari jadi Dak Zayden time semua ada di PJ. Tapi Ahad tengahari Farid dah nak balik Johor. Sambutan hari jadi Dak Zayden diawalkan sehari iaitu buat pada hari Sabtu.

Untuk birthday cake beli di kedai tak lain tak bukan iaitu Bakers Cottage. Antara kedai cake ada ready made dan tahu rasa sedap. Deco birthday pula dihiasi oleh Mun godiks. Thanks Mus.

Menu sambutan birthday yang sekali iftar jugak, mak masak nasi tomato dana yam sambal. Then ada popia dan bread pudding. Mus dan farid beli juga Hokaido cheese tart dan roti john. Air pula iced limau asam boi.

Sambut birthday Zayden buat tiga puluh minit sebelum berbuka. Supaya tak tunggu lama waktu berbuka lepas siap sambut birthday Zayden.

Memang ngam ngam nak dekat waktu berbuka lepas siap nyanyi lagu birthday, potong cake, ambik gambar. Lepas beberapa minit terus masuk waktu solat maghrib. Tanda dah boleh buka puasa.


Dak Zayden excited sangat semua uncle auntie grandma ada bagi birthday present. Dak Zayden says thanks. 




To Dak Zayden, happy birthday to u. Semoga Berjaya dunia akhirat.

Family staycation At KSL Esplanade Hotel, Klang

Kimchi ajak me dan tiga ketul staycation di hotel Kimchi ada dinner office iaitu di KSL Esplanade Hotel. Mintak teman dia katanya. Kami on saja. Kimchi book bilik untuk satu malam dan sekali breakfast buffet jugak.

Hotel ni ada swimming pool. Yang bestnya ada playground by the pool. Tiga ketul tersangatlah excited bila dapat tahu boleh main playground dalam swimming pool. 

Sampai hotel dalam pukul 3pm. Lepas Kimchi hantar kami ke bilik terus bergegas ke dewan hotel, venue dinner dia. While kami duk bersantai dalam bilik dan bersiap –siap untuk having fun mandi swimming pool. Agak spacious bilik kami even bilik kami superior king room. 





Aktiviti malam pergi jalan-jalan di shopping mall. Ada shopping mall yang agak besar jugak attach dengan hotel ni. Nama shopping mall ni adalah KSL Esplanade Mall. Dinner dengan tiga ketul di mall I jugak iaitu di Kenny Rogers.

Esoknya Kimchi dah join kami since habis dah event dinner dia. Makan breakfast hotel ni. Sedap semua semua makanan breakfast buffet hotel ni. Dah siap breakfast, mandi kolam lagi sampailah check out. Rugi tak mandi swimming pool sampai betul-betul check out sebab swimming pool nya best. Luas. Ada playground by the pool lagi.














To Kimchi, thanks for staycation treat. Next time belanja lagi. Heh Heh