Baru-baru ini kita digemparkan dengan isu faraid. Saya tidak mahu sebut siapa yang dikaitkan dengan isu. Cukuplah sekadar kata pihak yang terlibat adalah di antara isteri arwah, ibu arwah dan adik arwah.
Sebab itulah dalam islam sangat menekankan pengurusan harta yang baik sebagai perancangan untuk keluarga. Ini supaya tidak berlakunya perselisihan dan salah faham antara waris-waris.
Bila kita meninggal dunia, harta yang kita ada wajib kita wasiatkan untuk dibahagikan kepada waris yang layak.
Sebut bab pembahagian harta pusaka ada banyak cara, antaranya wasiat, 
faraid dan hibah. Ini antara yang ramai orang tahu dan pernah dengar.
Tapi, antara ketiga cara ni, cara Faraid biasanya orang tak faham sangat. Memang agak rumit bab pembahagian ni.
Secara asasnya, pasti orang tahu yang Faraid ni, adalah pembahagian 
harta di mana pihak lelaki akan dapat 2 bahagian dan perempuan 1 
bahagian.
Rasa macam tak adil je kan. Tapi betul ke begitu?
Bukan ke Faraid ni hukum Allah?
Wajib ke buat Faraid?
Camne nak kira faraid tu?
Nak jawab semua persoalan tu, kena lah baca lebih lanjut sedikit info yang saya akan kongsikan di bawah ni.
Hukum Faraid Dalam Pembahagian Harta Pusaka
Apa itu Faraid?
Faraid dari segi bahasa bermaksud ialah menentukan, memastikan, menghalalkan dan mewajibkan.
Menurut istilah syarak, Faraid adalah pembahagian harta seorang Islam 
yang telah meninggal dunia sama ada beliau meninggalkan wasiat atau 
tidak sebelum kematiannya. Maka harta peninggalannya akan dibahagikan 
kepada ahli warisnya (seperti  anak, isteri, suami, ibu, dan lain-lain),
 menurut hukum Islam.
Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang 
ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, 
hutang pewaris (zakat, nazar, dan lain-lain) dan wasiat yang dibenarkan 
oleh syarak (tidak melebihi 1/3 dari jumlah harta).
Bentuk Harta yang boleh dibahagikan secara Faraid.
Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid ialah:
  1. Tanah
  2. Bangunan (rumah).
  3. Barang kemas (emas, perak dan lain-lain).
  4. Insurans dan Wang tunai (sama ada dilaburkan atau tidak).
  5. Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dan lain-lain.
Cara pembahagian faraid menurut al-Quran
(Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti 
yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah 
adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Dalil tentang Faraid
Surah an-Nisa ayat 11 dan 12.
يُوصِيكُمُ ٱللَّهُ فِيٓ أَوۡلَٰدِكُمۡۖ لِلذَّكَرِ مِثۡلُ حَظِّ 
ٱلۡأُنثَيَيۡنِۚ فَإِن كُنَّ نِسَآءٗ فَوۡقَ ٱثۡنَتَيۡنِ فَلَهُنَّ 
ثُلُثَا مَا تَرَكَۖ وَإِن كَانَتۡ وَٰحِدَةٗ فَلَهَا ٱلنِّصۡفُۚ 
وَلِأَبَوَيۡهِ لِكُلِّ وَٰحِدٖ مِّنۡهُمَا ٱلسُّدُسُ مِمَّا تَرَكَ إِن 
كَانَ لَهُۥ وَلَدٞۚ فَإِن لَّمۡ يَكُن لَّهُۥ وَلَدٞ وَوَرِثَهُۥٓ 
أَبَوَاهُ فَلِأُمِّهِ ٱلثُّلُثُۚ فَإِن كَانَ لَهُۥٓ إِخۡوَةٞ فَلِأُمِّهِ
 ٱلسُّدُسُۚ مِنۢ بَعۡدِ وَصِيَّةٖ يُوصِي بِهَآ أَوۡ دَيۡنٍۗ 
ءَابَآؤُكُمۡ وَأَبۡنَآؤُكُمۡ لَا تَدۡرُونَ أَيُّهُمۡ أَقۡرَبُ لَكُمۡ 
نَفۡعٗاۚ فَرِيضَةٗ مِّنَ ٱللَّهِۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمٗا 
Maksudnya:  “Allah mensyari'atkan bagimu tentang (pembagian pusaka 
untuk) anak-anakmu. Yaitu: bahagian seorang anak lelaki sama dengan 
bagahian dua orang anak perempuan; dan jika anak itu semuanya perempuan 
lebih dari dua, maka bagi mereka dua pertiga dari harta yang 
ditinggalkan; jika anak perempuan itu seorang saja, maka ia memperoleh 
separo harta. Dan untuk dua orang ibu-bapa, bagi masing-masingnya 
seperenam dari harta yang ditinggalkan, jika yang meninggal itu 
mempunyai anak; jika orang yang meninggal tidak mempunyai anak dan ia 
diwarisi oleh ibu-bapanya (saja), maka ibunya mendapat sepertiga; jika 
yang meninggal itu mempunyai beberapa saudara, maka ibunya mendapat 
seperenam. (Pembagian-pembagian tersebut di atas) sesudah dipenuhi 
wasiat yang ia buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. (Tentang) 
orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa di antara 
mereka yang lebih dekat (banyak) manfaatnya bagimu. Ini adalah ketetapan
 dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”
Beberapa perkara tentang pengiraan asas pembahagian faraid dapat dipelajari, iaitu:
- Sekiranya meninggal dunia dan meninggalkan anak lelaki dan anak 
perempuan, maka bahagian anak lelaki adalah 2 kali bahagian anak 
perempuan
 
- Sekiranya meninggal dunia dan meninggalkan dua atau lebih anak 
perempuan sahaja (tiada anak lelaki), maka bahagian mereka adalah dua 
pertiga (2/3) daripada nilai harta pusaka, yang mana perlu dibahagikan 
sama rata kepada semua anak perempuan yang terlibat
 
- Sekiranya meninggal dunia dan meninggalkan seorang anak perempuan 
sahaja (tiada anak lelaki), maka bahagiannya adalah satu perdua (1/2) 
atau separuh
 
- Sekiranya meninggal dunia dan meninggalkan ibubapa serta anak (tanpa
 mengira bilangan dan jantina anak), maka bahagian untuk setiap seorang 
ibu dan bapa adalah satu perenam (1/6); untuk ibu 1/6 dan untuk bapa 1/6
 
- Sekiranya meninggal dunia dan meninggalkan ibubapa sahaja (tidak 
mempunyai anak), maka bahagian ibu adalah satu pertiga (1/3) manakala 
bapa pula mendapat bahagian dua pertiga (2/3)
 
- Sekiranya meninggal dunia dan meninggalkan ibubapa serta 
adik-beradik (tidak mempunyai anak), maka bahagian ibu adalah satu per 
enam (1/6) dan selebihnya adalah bahagian adik-beradik lelaki
 
Sekarang, kita lihat pula ayat 12 surah an-Nisa’:
۞وَلَكُمۡ نِصۡفُ مَا تَرَكَ أَزۡوَٰجُكُمۡ إِن لَّمۡ يَكُن لَّهُنَّ 
وَلَدٞۚ فَإِن كَانَ لَهُنَّ وَلَدٞ فَلَكُمُ ٱلرُّبُعُ مِمَّا تَرَكۡنَۚ 
مِنۢ بَعۡدِ وَصِيَّةٖ يُوصِينَ بِهَآ أَوۡ دَيۡنٖۚ وَلَهُنَّ ٱلرُّبُعُ 
مِمَّا تَرَكۡتُمۡ إِن لَّمۡ يَكُن لَّكُمۡ وَلَدٞۚ فَإِن كَانَ لَكُمۡ 
وَلَدٞ فَلَهُنَّ ٱلثُّمُنُ مِمَّا تَرَكۡتُمۚ مِّنۢ بَعۡدِ وَصِيَّةٖ 
تُوصُونَ بِهَآ أَوۡ دَيۡنٖۗ وَإِن كَانَ رَجُلٞ يُورَثُ كَلَٰلَةً أَوِ 
ٱمۡرَأَةٞ وَلَهُۥٓ أَخٌ أَوۡ أُخۡتٞ فَلِكُلِّ وَٰحِدٖ مِّنۡهُمَا 
ٱلسُّدُسُۚ فَإِن كَانُوٓاْ أَكۡثَرَ مِن ذَٰلِكَ فَهُمۡ شُرَكَآءُ فِي 
ٱلثُّلُثِۚ مِنۢ بَعۡدِ وَصِيَّةٖ يُوصَىٰ بِهَآ أَوۡ دَيۡنٍ غَيۡرَ 
مُضَآرّٖۚ وَصِيَّةٗ مِّنَ ٱللَّهِۗ وَٱللَّهُ عَلِيمٌ حَلِيمٞ   
Maksudnya: “Dan bagimu (suami-suami) seperdua dari harta yang 
ditinggalkan oleh isteri-isterimu, jika mereka tidak mempunyai anak. 
Jika isteri-isterimu itu mempunyai anak, maka kamu mendapat seperempat 
dari harta yang ditinggalkannya sesudah dipenuhi wasiat yang mereka buat
 atau (dan) seduah dibayar hutangnya. Para isteri memperoleh seperempat 
harta yang kamu tinggalkan jika kamu tidak mempunyai anak. Jika kamu 
mempunyai anak, maka para isteri memperoleh seperdelapan dari harta yang
 kamu tinggalkan sesudah dipenuhi wasiat yang kamu buat atau (dan) 
sesudah dibayar hutang-hutangmu. Jika seseorang mati, baik laki-laki 
maupun perempuan yang tidak meninggalkan ayah dan tidak meninggalkan 
anak, tetapi mempunyai seorang saudara laki-laki (seibu saja) atau 
seorang saudara perempuan (seibu saja), maka bagi masing-masing dari 
kedua jenis saudara itu seperenam harta. Tetapi jika saudara-saudara 
seibu itu lebih dari seorang, maka mereka bersekutu dalam yang sepertiga
 itu, sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat olehnya atau sesudah dibayar 
hutangnya dengan tidak memberi mudharat (kepada ahli waris). (Allah 
menetapkan yang demikian itu sebagai) syari'at yang benar-benar dari 
Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun.”
Pengiraan Asas Pembahagian Faraid
Beberapa intipati berkenaan pengiraan asas pembahagian faraid dalam ayat ini adalah:
- Sekiranya isteri meninggal dunia dan meninggalkan suami sahaja 
(tidak mempunyai anak), maka bahagian suami adalah satu perdua (1/2). 
Tetapi, sekiranya isteri tersebut mempunyai anak, maka bahagian suami 
adalah satu perempat (1/4)
 
- Sekiranya suami meninggal dunia dan meninggalkan isteri sahaja 
(tidak mempunyai anak), maka bahagian isteri adalah satu perenam (1/4) 
(dibahagikan sama rata daripada 1/4 tersebut jika isteri lebih daripada 
seorang). Tetapi, sekiranya suami tersebut mempunyai anak, maka bahagian
 isteri adalah satu perlapan (1/8) (dibahagikan sama rata daripada 1/8 
tersebut jika isteri lebih daripada seorang)
 
- Sekiranya meninggal dunia dan tidak mempunyai waris usul (ibu dan 
bapa, datuk dan nenek) dan waris furu’ (anak, isteri atau suami), tetapi
 mempunyai saudara lelaki seibu atau saudara perempuan seibu sahaja, 
maka bahagian mereka adalah satu perenam (1/6) manakala selebihnya 
diserahkan kepada baitulmal. Tetapi, sekiranya saudara lelaki seibu atau
 saudara perempuan seibu lebih daripada 2 orang, maka bahagian mereka 
adalah satu pertiga (1/3) yang perlu dikongsi sama rata antara mereka, 
manakala selebihnya dua pertiga (2/3) diserahkan kepada baitulmal
 
- Sekiranya meninggal dunia dan tidak mempunyai waris usul dan furu’, 
tetapi mempunyai saudara lelaki dan saudara perempuan seibu dan sebapa, 
maka bahagian mereka adalah seluruh harta yang ditinggalkan (lelaki 2 
bahagian, perempuan 1 bahagian)
 
- Itulah panduan pengiraan asas pembahagian faraid yang dinyatakan 
dalam al-Quran, panduan atau manual kehidupan kita semua yang 
sebenarnya.
 
Pengiraan pembahagian faraid boleh jadi berbeza berdasarkan situasi yang berlalu dan waris-waris yang ditinggalkan.
Jadi, ilmu pengiraan matematik yang mantap amat diperlukan dalam 
menentukan pembahagian harta pusaka mengikut faraid. Nampak tak.. 
penting subjek matematik ni...
Sebagai rujukan mudah, boleh rujuk carta yang berikut untuk penentuan pengiraan asas pembahagian faraid:
Kadar Asas Pembahagian Faraid
Suami: ½ jika si mati (isteri) dan tidak mempunyai anak lelaki atau 
perempuan atau cucu dan kebawah, ¼ jika si mati (isteri) mempunyai anak 
lelaki atau perempuan atau cucu dan kebawah.
Isteri: ¼ jika si mati (suami) dan tidak mempunyai anak lelaki atau 
perempuan atau cucu dan kebawah, 1/8 jika si mati (isteri) mempunyai 
anak lelaki atau perempuan atau cucu dan kebawah.
Bapa: 1/6 jika si mati mempunyai anak lelaki atau perempuan atau cucu 
dan kebawah, 1/6 + Asobah jika si mati tidak mempunyai anak lelaki atau 
perempuan.
Ibu: 1/6 jika si mati mempunyai anak atau cucu perempuan daripada anak 
lelaki kebawah atau mempunyai beberapa orang saudara (lelaki/perempuan),
 1/3 dari keseluruhan harta jika simati mempunyai seorang saudara lelaki
 atau perempuan sahaja dan tiada anak kebawah, 1/3 dari baki harta jika 
simati meninggalkan salah seorang suami atau isteri dan bapa tanpa waris
 lain.
Anak perempuan: ½ jika seorang, 2/3 jika dua orang atau lebih dibahagi 
sama rata, Asabah Bilghairi jika simati mempunyai anak lelaki atau 
perempuan 2:1.
Anak lelaki: 100% daripada baki (Asabah) sekiranya seorang, dikongsi 
sama rata daripada baki(Asabah) sekiranya lebih daripada seorang, Asabah
 Bilghairi jika si mati mempunyai anak lelaki atau perempuan 2:1.
Apa-apa pun, selagi kita masih hidup, uruskanlah wasiat dengan 
sebaiknya. Wasiat boleh ditetapkan 1/3 dariapda harta yang kita 
milikinya dan selebihnya akan diberikan kepada waris-waris mengikut 
faraid.
Beberapa persoalan tentang Faraid
Assalamu'alaikum...sedikit kemusykilan bab faraid... Seorang perempuan 
meninggal dunia meninggalkan waris berikut: Suami, 2 anak lelaki dan 1 
anak perempuan, seorang ayah. Ibu telah meninggal dahulu tapi nenek ( 
ibu kpd ibu) masih ada... Soalan: Nenek ni dapat tak pusaka? ganti ibu 
ke? Kalau dapat, berapa kadarnya? Moga dapat maklumbalas.
JAWAPAN:
Waalaikumussalam wbt,
Berikut ialah kiraan faraid setelah ditahqiq:
- Suami = 3/12 (Asalnya ialah ¼ kerana si mati mempunyai anak)
 
- Anak lelaki pertama = 2/12 (Dua kali ganda bahagian anak perempuan)
 
- Anak lelaki kedua = 2/12 (Dua kali ganda bahagian anak perempuan)
 
- Anak perempuan = 1/12 (Separuh daripada bahagian anak lelaki)
 
- Nenek sebelah ibu = 2/12 (Asalnya ialah 1/6 kerana si mati telah kematian ibu tetapi mempunyai nenek sebelah ibu).
 
Ini berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah al-Nisa’, (4:11-12).
Sebaiknya perkara ini dirujuk kepada pihak Mahkmah Rendah Syariah bagi tujuan mendapatkan Sijil Faraid yang lebih berautoriti.
Info tambahan dan kesimpulan
Beza Hibah dan Faraid
- Hukum tentang perlaksanaan dan pembahagian faraid telah jelas 
dinyatakan di dalam AlQuran. Ia dianggap sebagai Hududullah yang perlu 
dilaksanakan oleh setiap orang Islam yang beriman.
 
- Pembahagian faraid terhadap harta pusaka si mati dibuat selepas 
ditolak kos urusan jenazah, hutang simati,  harta sepencarian dan wasiat
 si mati. Baki daripada harta pusaka si mati barulah dibahagi bahagikan 
mengikut faraid.
 
- Pembahagian sama rata terhadap harta pusaka simati boleh dibuat 
dengan syarat semua waris perlu tahu bahagian faraid masing- masing 
terlebih dahulu dan kesemua waris telah bersetuju dan redho pembahagian 
dibuat secara sama rata.
 
- Hukum pembahagian faraid datang dengan tanggungjawab. Bahagian 
faraid untuk waris lelaki lebih tinggi berbanding dengan waris perempuan
 kerana waris lelaki bertanggungjawab untuk menjaga waris-waris 
perempuan  dengan harta pusaka yang diterima, sedangkan waris perempuan 
hanya bertanggungjawab untuk dirinya sendiri sahaja dan harta faraid 
yang diterima hanyalah lah untuk dirinya sahaja.
 
- Sijil faraid diperlukan untuk mengesahkan waris yang sah yang berhak
 menerima harta pusaka si mati dan untuk mengesahkan bahagian sebenar 
yang berhak diterima oleh setiap waris. Walau bagaimanapun ada 
pekeliling yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Tanah dan Galian 
Malaysia yang tidak mengiktiraf sijil faraid untuk urusan pendaftaran  
perletakanhak atau turun milik di pejabat tanah.
 
- Hibah tidak boleh dilakukan semata-mata bertujuan untuk mengelakkan 
daripada faraid atau sebagai langkah untuk lari daripada faraid kerana 
merasakan pembahagian faraid adalah tidak adil. Hibah sepatunya 
dilakukan atas dasar rasa kasih sayang kepada ahli keluarga ikhlas 
kerana Allah.
 
- Hukum hibah yang dibuat untuk tujuan mengelakkan daripada 
melaksanakan faraid tetap sah dari segi hukum fekah dengan syarat ianya 
mematuhi semua rukun dan syarat hibah. Cuma dari segi akhlaq sebagai 
seorang Muslim yang beriman kepada Allah ianya sangat tidak patut 
dilakukan.
 
Kesimpulannya, hibah bukanlah cara untuk  mengenepikan faraid tetapi 
hibah sewajarnya menjadi pelengkap kepada faraid itu sendiri.
Contoh kiraan:
Contoh duit ada RM16000, nak dibahagikan kepada 3 orang lelaki dan 3 orang perempuan mengikut kiraan Faraid.
Jawapan:
Untuk lelaki dapat 2 bahagian dan perempuan 1 bahagian.
Jadi untuk 3 anak lelaki x 2 = 6.
Perempuan pula 3 x 1 = 3.
Jumlah semuanya 9 bahagian.
Dari RM16000 ÷ 9. Jadi, dapatlah bahagian masing-masing.
Ini contoh asas je la ni... Kalau melibatkan nenek, datuk, bapa saudara 
dan selainnya boleh rujuk Mahkamah Syariah untuk pembahagian harta 
secara Faraid.
Hikmah Faraid
Bagi yang kurang jelas tentang faraid memang merasakan faraid ni macam 
kejam kan... Tapi sebenarnya ada hikmah yang Allah tentukan. Allah buat 
tu bersebab.
Antara tujuan dan hikmah Faraid ialah:
1. Keadilan
Memastikan keadilan terlaksana dan kehidupan keluarga si mati dapat 
diteruskan seperti biasa dan tidak berlaku kezaliman selepas itu.
2. Tanggungjawab lelaki lebih besar dari perempuan dari segi nafkah
Dalam keadaan tertentu, waris lelaki menerima lebih daripada waris 
perempuan disebabkan oleh tanggungjawab mereka dalam memberi nafkah dan 
lainnya. Hak diberi seiring dengan tanggungjawab. Suami kepada isteri. 
Bapa kepada anak-anak. Anak lelaki kepada ibu bapa. Datuk kepada cucu. 
Begitulah peraturan Allah SWT.
3. Tanggungjawab kepada anak yatim jatuh kepada pihak lelaki.
Selain itu, kaum lelaki iaitu abang bertanggungjawab kepada adik 
perempuan dan bapa saudara kepada anak saudara perempuannya yang sudah 
menjadi anak yatim.
4. Wanita tidak perlu menanggung orang lain.
Hak pusaka wanita adalah untuk dirinya sendiri. Mereka tidak bertanggungjawab untuk menanggung orang lain.
Sekian, semoga bermanfaat.
Sumber rujukan:
Mufti Wilayah
Jabatan Agama Islam Melaka
Persatuan Harta Guaman Malaysia
Tafsir al-Quran